Showing posts with label ZULS RESEPI. Show all posts
Showing posts with label ZULS RESEPI. Show all posts

16 July 2016

Resipi Asam Laksa Penang



Bahan-bahan:
1 paket besar laksa beras (yang licin)

Bahan-bahan kuah:
1 kg ikan kembung atau ikan sardin
10 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
3 cm belacan penang
4 ulas asam keping
1/2 cawan air asam jawa
1/2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ulam:
2 biji cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
Nenas dipotong kecil-kecil
1 batang timun yang dihiris panjang-panjang
4-5 helai daun salad yang dihiris
Sedikit daun pudina
petis udang

Cara menyediakan:
1. Ikan direbus bersama bawang putih dan sedikit garam.
2. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar. Tulang dan kepala ikan turut dikisar. Digaul dengan air dan kemudian ditapis ke dalam ramuan
3. Blend@kisar bawang merah, cili kering yang dah direbus dan belacan.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar, kemudian masukkan air dari tulang dan kepala ikan yang dah dikisar.
5. Masukkan juga semua air rebusan ikan, daun kesum dan bunga kantan... Kacau perlahan-lahan.
6. Masak hingga mendidih, masukkan asam keping dan air asam jawa.
7. Masukkan isi ikan, garam dan gula secukup rasa.

15 July 2016

Resepi Kek Pisang Mudah Dan Sedap!



Bahan – bahan
  • 2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan gula
  • 3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
  • ½  cawan minyak masak (sue guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
  • 2 biji telur
  • esen vanilla

cara caranya : 

  1. ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
  2. seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang. 
  3. pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
  4. akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
  5. tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)
  6. setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak ngap pon!

selamat mencuba!

13 July 2016

Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang sedap!



Bahan-Bahan:
4 keping tahu – dipotong 2 bentuk tiga segi dan goreng
8 tangkai lada kering yang dah direbus
4 tangkai cili padi – potong 2
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit belacan
Kacang tanah goreng secukupnya
Sos cili secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Air masak secukupnya
Timun secukupnya – dihiris memanjang
Taugeh secukupnya
Sedikit lobak merah – dihiris memanjang
Cara Membuat:
1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.
2. Lobak dan taugeh dicelur dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.
3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dalam minyak panas sebentar.
4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.
5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap jangan terlalu halus, keluarkan dan masuk dalam bekas.
6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.
7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.

06 June 2016

Resepi : Telur Dadar Berkeju



Resepi : Telur Dadar Berkeju II
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar - potong dadu
3 batang daun sup - hiris halus
7 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

01 June 2016

KETAM MASAK LEMAK CILI API


KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan
250g ketam (dibersihkn)
7 biji cili hijau
1½ cawan santan kelapa yg di parut
1 keping asam gelugur
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu besar garam secukup rasa
½ sudu kecil perasa

Cara-cara membuatnya

1- Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2- Masak selama 5-7 minit.

Siap, angkat dan hidangkan.

KETAM CILI ALA SINGAPORE


KETAM CILI ALA SINGAPORE

Bahan
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Kisar –

6 biji bawang merah
4 biji cili merah
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Hiasan –

Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Ketam dibersihkan. Potong kaki-kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, dan ketam itu dikerat dua (Kalau tak kerat pun boleh).

2. Lap ketam bagi kering dan lumur dengan sedikit garam. kemudian, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.

3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.

4. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap.

5. Kemudian, tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi.

6. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan yang sesuai dan tabur dengan bahan-bahan hiasan. Hidangkan.

LALA TUMIS BEREMPAH


LALA TUMIS BEREMPAH 

Bahan
1 kg siput lala (di rendam dalam air terlebih dahulu untuk mengeluarkan pasir)

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
1 inci halia - di mayang
10tangkai cili kering - di rendam dalam air panas hingga lembut
2 ulas bawang putih
2 batang serai - di mayang halus

Bahan C
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis

Cara Menyediakannya:

1. Masukkan 2 sudu besar minyak kedalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Masukkan pula serbuk kari, kiub ikan bilis dan daun kari. Kacau hingga rata.

3. Seterusnya masukkan lala, kacau rata dan tutup kuali sebentar hingga kulit lala terbuka dan sebati dengan kuah. Rasakan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

4. Jika inginkan kuah yang lebih bolehlah di tambah sedikit air dan setelah masak masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi putih.

AYAM BALADO HIJAU


AYAM BALADO HIJAU

Bahan
1 ekor ayam, cuci hingga bersih, dan potonglah sesuai selera;
1 sdm air jeruk nipis
Garam secukupnya
Minyak goreng untuk menumis
3 lembar daun jeruk
2 batang serai, ikatkan

Haluskan Bumbu:
10 butir bawang merah
8 siung bawang putih
20 buah cabai hijau besar
Jahe
Kunyit
3 butir kemiri
1 sdt garam

Cara Membuat Ayam Balado Hijau:

:umur potongan ayam dengan air jeruk nipis dan garam, ketepikan dan biarkan selama 15 minit hingga meresap.
Goreng ayam sehingga 3/4 masak.
Tumislah bumbu halus hingga matang, masukkan daun jeruk dan serai.
Kemudian masukkan ayam goreng. Aduk hingga bumbu cabai hijau merata.
Sajikanlah untuk makan bersama keluarga Anda.

PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN


PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN

Bahan
1 ekor ikan patin dibersihkan
5 ulas bawang merah ditumbuk
5 tangkai cili padi ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
6 tangkai daun kesum dihiris
1 helai daun kunyit dihiris
1 cawan tempoyak
Gula dan garam

Cara
Satukan bahan tumbuk dengan daun kesum, daun kunyit dan tempoyak. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. Salut ikan dengan bahan2 ini sehingga rata. Balut ikan dengan daun pisang atau daun kunyit dan bakar hingga masak. Sedia utk dihidangkan.

SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP


SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan
4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak.

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Tips :

1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

4. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

KARI KEPALA IKAN (TANPA SANTAN)


KARI KEPALA IKAN (TANPA SANTAN)

Bahan
Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
garam dan sedikit gula
air asam jawa

Cara-cara :
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan

SOTONG PERCIK


SOTONG PERCIK

Bahan
1 kg sotong
Bersihkan dan kelar. Gaul dgn garam dan kunyit,
kukus sekejap selama 5 minit utk keringkan air saja.
Sotong akan tetap lembut bila dibakar.

KUAH PERCIK
4 batang serai diketuk
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Cili kering (rebus)
Kisar semua bahan
Asam keping, gula dan garam
1 @ 11/2 cawan santan pekat

Tumis serai sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan santan, asam kepingm gula dan garam.
Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan.
Celupkan sotong yg dikukus tadi kedalam kuah. Pastikan kuah melekat pd sotong. Kalau tidak melekat maknanya kuah masih cair.

Bakar api besar sambil tuang kuah sikit2 atas sotong. Balik2kan. Bila sudah agak garing bolehlah diangkat.

Tuang kuah apabila dihidangkan.

AYAM MASAK WANGI


AYAM MASAK WANGI

Bahan
1/2 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong2
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato, dibelah 4

Bahan-bahan untuk diblend:
2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan utk Sos:
3 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Pes Tomyam

2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan bahan sos dan kacau rata
4. Masuk ayam, serai dan daun limau purut
5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum
6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dgn daun sup…!

TOMYAM THAI


TOMYAM THAI

Bahan
1 paket perencah tomyam
4 biji tomato
5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
3 batang serai – diketuk
4 helai daun limau purut
1 batang lobak merah, sedikit cendawan
2 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
2 sudu besar sos tiram – optional
2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara:

1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

DAGING MASAK BLACK PEPPER


DAGING MASAK BLACK PEPPER

Bahan
500g daging (bahagian batang pinang)
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
2 tangkai cili merah (potong kasar)
Bawang besar holland
2 sudu kecil tepung jagung

Cara Membuat:

Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.

Tips
Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

MASAK LEMAK CILI DAGING SALAI


MASAK LEMAK CILI DAGING SALAI

Bahan
400 gm daging salai (beli siap...)
400 gm santan
20 - 25 biji cili padi
4 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar
2 in halia
2 batang serai dititik

Cara-cara :

Cili padi dan bawang dimesin halus atau ditumbuk.
+ bahan mesin ke dalam periuk dan panaskan sebentar.
Daging salai dipotong nipis.
+ daging ke dalam periuk dan serai dan masukkan sedikit air jika perlu.
Saya biarkan 30 minit supaya daging lembut.
Masukkan 3/4 santan dan 2 cawan air.
Sentiasa kacau supaya tak naik minyak dan hingga kuah masak.
Masukkan sekeping asam gelugor.
Masukkan 1/4 santan tadi dan masak lagi 5 minit.

SAMBAL TUMIS KERANG


SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan
3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
2 biji bawang besar ~ dihiris
1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air ~ jika perlu.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Bahan
Ikan bilis- dibersihkan dan tos kan...
2 senduk cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
3 papan petai-dibelah 2 dan ambil isi sahaja
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
Garam Dan gula secukup rasa
Minyak
Cara2:

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar,
tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
Masukkan cili kisar, masak sampai garing, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan garam, gula secukup rasa, kemudian masukkan petai, masak lagi hingga petai masak. Last sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutup api...boleh la di hidangkan dengan nasi panas.

koleksi resepi bulan puasa 2016



RESEPI AYAM LENGGANG
































UDANG TEMPOYAK PEDAS


UDANG TEMPOYAK PEDAS

Bahan
Tempoyak
3 batang serai
2 biji cili besar (merah, buang biji)
7 - 15 biji cili padi
Kunyit hidup, sebesar ibu jari
Santan 150 ml
2 helai daun kunyit
Gula merah (sebesar ibu jari)
Udang yang sudah dibuang kulit
2cm kencur sebesar jari kelingking
Sekeping asam gelugur saiz sederhana
garam, gula, air, secukup rasa

Cara memasak :

Serai, kencur, kunyit, cili merah & cili P\padi diracik, kemudian ditumbuk halus. Daun Kunyit dihiris kasar
Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama isi durian, santan & secawan air.

Kacau hingga sebati kemudian panaskan diatas api sederhana. Kacau sampai mendidih, jangan tinggal. Masukkan garam, gula merah, gula pasir & asam gelugur..
Bila sudah mendidih & naik angin bau masukkan pulak daun kunyit & udang. Kacau lagi selama 5 minit.