01 June 2016

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Bahan
Ikan bilis- dibersihkan dan tos kan...
2 senduk cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
3 papan petai-dibelah 2 dan ambil isi sahaja
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
Garam Dan gula secukup rasa
Minyak
Cara2:

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar,
tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
Masukkan cili kisar, masak sampai garing, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan garam, gula secukup rasa, kemudian masukkan petai, masak lagi hingga petai masak. Last sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutup api...boleh la di hidangkan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment