30 April 2017

SAYU: Makin KURUS, Rambut GUGUR..Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu..


Pendakwah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Hanafi, merupakan antara ustaz favourite kami di televisyen. Jika untuk kesihatan fizikal kita makan suplemen, untuk kesihatan rohani, wajib hadiri majlis ilmu setiap hari, walaupun sekadar tengok kuliah agama di TV dalam rumah.


Kali pertama tengok ceramah ustaz di rancangan Tanyalah Ustaz TV9, terus jatuh hati dengan penyampaian ustaz. Senyum je, lembut cara penyampaiannya sambil berlawak jenaka. Namun mesejnya jelas dan bernada tegas.
Boleh dikatakan ustaz Hanafi lah antara pemangkin untuk kami mula jatuh cinta tengok rancangan Tanyalah Ustaz TV9 setiap pagi without fail, sejak bekerja di rumah ini. Malah, setiap kali nampak ustaz di TV, memang tak miss tengok lah, walaupun dalam rancangan lain.
Mungkin ustaz takkan baca entri ini. Namun, kami nak ucapkan juga,
“Terima kasih banyak-banyak, Ustaz Hanafi… Ustaz beri kami perspektif baru bahawa there is a fun way, in fact lots of interesting ways untuk berdakwah dalam Islam. Thank you so much! Moga Allah balas dengan sebaik-baik kebaikan untuk ustaz.” 🙂

Ustaz Hanafi Tenang Hadapi Kanser Limfoma

Baru-baru ini, Ustaz Hanafi disahkan menghidapi penyakit kanser limfoma. Terkejut sangat baca berita ini. Allahu Akbar. Sumber dari Harian Metro:
 “Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapinya.
Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaikan ceramah agama.” kata ustaz selepas disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu.

Kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu.
 “Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT. Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 cm panjang, kali 7 cm lebar, dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta 1 Februari lalu,” katanya.
Beliau berkata, doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya. Ustaz Hanafi bagaimanapun enggan duduk diam, dan meneruskan aktivitinya seperti biasa.
“Aktiviti seperti ceramah saya teruskan macam biasa sebab saya tak ada rasa sakit cuma penat sedikit mungkin belum sembuh sepenuhnya. Program di TV9 (Tanyalah Ustaz) juga masih berjalan. Kadangkala saya membantu penerbit mencari golongan ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya yang juga Penasihat Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor.

Dana RM300K – RM500K Untuk 9 Sesi Kemoterapi

Ustaz Hanafi juga sedang giat mengumpul dana RM300,000 untuk membina surau di rumah kebajikan yang memfokuskan pembelajaran tahfiz itu.
Di samping itu, beliau juga sebenarnya perlukan bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan kemoterapi antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi 9 sessi.
“Saya dengan perasaan malu dan terharu, kalau ada yang ingin membantu… sebab saya anggap ‘hadiah’ daripada Allah ini mungkin ada hikmah.”
“Siapa membantu, saya doakan murah rezeki dan di tambah rezeki. Sahabat juga dalam kesusahan, jadi saya doa murah rezeki dan mendapat syurga paling hampir dengan Allah SWT,” katanya mengenai usaha rakan terdekat membantu mengumpul dana untuk dirinya.”
Ustaz Hanafi yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi juga berhasrat untuk menjual motosikal kesayangannya model Kawasaki GTR1400.

“Saya nak jual motosikal itu lepas pakai empat tahun. Tujuannya untuk tanggung kos rawatan saya. Jadi selepas ini saya pakai motosikal kecil saja.”
“Kepada semua, doakan saya sembuh daripada penyakit ini, dan harapnya kimoterapi nanti tidak menyebabkan saya lemah,” katanya yang menetap di Taman Sri Gombak.
Sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun ustaz di bawah:
Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek

CIMB 7001645436

Maybank 162405085541

Bank Islam 14162020096634

Mari sama-sama kita bantu ustaz Hanafi untuk cukupkan dana bagi 9 sessi rawatan kemoterapi. Sila kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda, supaya lebih cepat tabungan dana penuh.
Kami semua doakan semoga ustaz cepat sembuh, Insya Allah…SEBARKAN SEBANYAK MUNGKIN...

Jom sama2 pakat bantu Ustaz kita dalam KESULITAN..!!!

No comments:

Post a Comment