05 July 2017

jk

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 3 Julai 2017 jam 02:40 PM
Kerja Kursus PT3 Geografi 2017 Peta Lakar
Cara membuat peta lakar bagi sesebuah kawasan kajian adalah berkaitan rapat dengan kerja kursus atau tugasan PT3 Geografi tahun 2017
Dalam artikel ini, MYsumber akan membantu calon-calon menghasilkan peta lakar di kawasan kajian (tempat tinggal / sekolah) dengan memberikan tips-tips yang bermanfaat
MAKLUMAT PANDUAN DAN CARA BUAT PETA LAKAR KERJA KURSUS TUGASAN GEOGRAFI PT3 2017
Definisi Peta secara ringkasnya adalah suatu gambaran atau lukisan yang menunjukkan sesuatu kawasan di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan ciri Geografi iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara
Ciri-Ciri Asas Peta Lengkap
Untuk menghasilkan sebuah peta yang lengkap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut
Nombor 1Tajuk Peta
Nombor 2Bingkai Peta
Nombor 3Petunjuk Peta
Nombor 4Petunjuk Arah Utara
Nombor 5Simbol
Nombor 6Ciri-ciri Geografi iaitu Ciri Budaya Dan Ciri Fizikal (maksud ciri budaya dan fizikal, sila rujuk maklumat di bawah)
Definisi Ciri Fizikal
Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi
Definisi Ciri Budaya
Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan
Simbol Dalam Peta Lakar
Peta lakar digunakan untuk menunjukkan taburan ciri Geografi sesuatu kawasan. Ciri-ciri tersebut perlu dilukis dalam peta dengan menggunakan simbol
Simbol-simbol ini perlu dilukis bagi mewakili objek atau kawasan sebenar yang ada di kawasan kajian
Simbol yang digunakan itu membolehkan maklumat yang mahu disampaikan menjadi cepat, tepat dan berkesan
Contoh Simbol
Simbol Peta Lakar
Ciri-Ciri Geografi : Apakah Pandang Darat Fizikal Dan Pandang Darat Budaya?
Pandang Darat Fizikal adalah mewakili ciri-ciri Alam Semulajadi. Contoh penggunaan simbol adalah seperti lampiran berikut
Ciri Pandang Darat Fizikal
Pandang Darat Budaya adalah mewakili ciri-ciri Buatan Manusia seperti Bangunan, Rumah, Masjid, Jalanraya, Jalan Kereta Api, Jambatan, Sekolah, Tanaman yang ditanam seperti Kelapa Sawit, Padi, Getah (pertanian) dan sebagainya. Contoh penggunaan simbol adalah seperti lampiran berikut
Ciri Pandang Darat Budaya
Singkatan Yang Digunakan Dalam Peta
Singkatan perkataan juga digunakan dalam peta bagi menjelaskan dengan mudah ciri-ciri Fizikal dan Budaya. Contonhya seperti berikut
Ciri GeografiSingkatan
Balai PolisB.P.
BukitBt.
GunungG.
HospitalHosp.
KampungKg.
LadangLdg.
PadangPdg.
Pejabat DaerahP.D.
Pejabat PosP.P.
PerkuburanKb.
SungaiS.
SekolahSek.
Tali AirT.A
Warna Lazim Digunakan Dalam Peta
Warna juga memainkan peranan bagi menunjukkan ciri Geografi yang terdapat dalam peta. Contoh penggunaan warna adalah seperti berikut
Ciri GeografiWarna
Jalan RayaMerah
BangunanHitam
Tanah TinggiPerang
Hutan, Tumbuh-tumbuhanHijau
BiruSungai, Paya, Tasik, Laut
Langkah-Langkah Melukis Peta Latar
Nombor 1Peta Lakar kebiasaannya tidak memerlukan skala. Sekiranya mahu menunjukkan skala peta dibolehkan
Nombor 2Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan yang menjadi pilihan kajian
Nombor 3Lukis simbol dan diwarnai dan serta singkatan bagi setiap ciri Geografi yang mahu dimasukkan dalam peta lakar
Nombor 4Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta
Contoh Perkara / Ciri Perlu Ada Dalam Peta Lakar
Contoh Ciri Peta Lakar
Panduan Melukis Peta Lakar
Nombor 1Meninjau dan memerhati kawasan yang dipilih sebagai kajian bagi mengumpul maklumat, buat catatan, kenalpasti jenis-jenis ciri geografi yang terdapat di kawasan kajian merangkumi ciri fizikal dan budaya
Nombor 2Lukiskan sebuah peta rangka kawasan kajian berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan
Langkah 1 2 Lukis Peta Lakar
Nombor 3Lukis simbol fizikal dan budaya yang telah dikenalpasti terdapat di kawasan kajian mengikut kedudukannya
Nombor 4Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta (jika mahu sertakan) dan tajuk peta yang bersesuaian bagi menunjukkan gambaran ringkas tentang kawasan peta
Langkah 3 4 Lukis Peta Lakar
MY InfoMaklumat berkaitan peta lakar selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Butang FacebookButang TwitterButang Google

No comments:

Post a Comment