16 July 2016

8 Pekerjaan Yang Sudah PUPUS

8 jenis pekerjaan yang sudah PUPUS. Ingat apa, binatang je boleh pupus, pekerjaan pun ada yang sudah tidak lagi wujud zaman sekarang. 

Dengan peredaran zaman dan teknologi kian canggih. Beberapa pekerjaan juga telah hilang ditelan zaman, apabila khidmat pekerjaan ini sudah tidak diperlukan lagi. Dan korang pun tak payahlah gatal-gatal pergi pejabat buruh nak minta jawatan ini.

1. Penyusun Pin Boling



Beberapa orang budak lelaki diupah untuk menyusun ten-pin di lorong boling, selepas para pelanggan membuat balingan. Cuba tengok sekarang, ada lagi tak pusat boling yang guna orang untuk susun pin tu, kalau ada memang betul-betul old skool la.

2. Jam Penggera Manusia



Aku sendiri pun tak terfikir zaman dahulu ada pekerjaan ini, kerjanya senang sangat, cuma perlu pergi kejutkan pelanggan mengikut waktu yang ditetapkan, cuma perlu ketuk tingkat je.

3. Pemotong Ais




Pekerjaan ini agak ekstrem, pekerja perlu memotong ais di tasik yang membeku. Tujuan ais ini diambil adalah untuk digunakan dalam bilik bawah tanah dan juga peti sejuk. Zaman itu peti sejuk belum cangih seperti zaman sekarang lagi.

4. Pendengar Pre-Radar Pesawat Musuh



Dalam pekerjaan ini, kita boleh lihat bagaimana jadinya jika teknologi tidak berkembang dizaman ini. Untuk mengesan pesawat musuh guna radar pun terpaksa menggunakan khidmat manusia. Manusia dikerah sepenuhnya semasa zaman itu.

5. Penangkap Tikus


ekerjaan ini sekarang mungkin kita boleh anggap telah digantikan oleh orang yang buat pest-control, jawatan penangkap tikus ini diwujudkan di eropah bagi mengawal populasi tikus ketika itu.

6. Tukang Penyala Lampu.



Tukang penyala lampu pun wujud zaman dahulu kala. Sekarang semua senang, lampu jalan boleh menyala sendiri, cuba bayangkan kalau orang TNB tiap-tiap hari kena pergi buka suis lampu jalan, sampai esok pagi tak abis lagi semua lampu dibuka...hahahaha

7. Pembawa Kayu Balak.


Zaman dahulu belum lagi wujud lori balak untuk mengangkut kayu balak seperti sekarang. Jadi kayu balak yang berat itu akan di bawa melalui sungai ke tempat pemprosesan. Rasa macam aman je masa tu sebab jalan raya tak ada lori balak.

8. Switchboard Operator


Kini banyak kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia telah digantikan dengan robot. Begitu juga dengan operator penyambung talian telefon ini, wayar berselirat ini pun sudah buat aku pening.

Rasa-rasanya kerja yang kita buat sekarang akan wujud lagi ke tidak di masa yang akan datang. Tetapi ada antara pekerjaan yang masih kekal hingga sekarang iaitu guru, sejak dulu sampai sekarang masih diperlukan pekerjaan seorang guru.


No comments:

Post a Comment