Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

22 July 2016

Lelaki Ini Share Trik Beli Tiket Flight Murah: No. 2 & 6 Tu Ramai Tak Tahu!

Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana.


Pemilik blog berkonsep pelancongan, Wan Farhan berkongsi petua bagaimana nak beli tiket kapal terbang pada harga terendah di blognya iaitu kakikujalanjalan.blogspot.my. Jom kita baca trik yang beliau amalkan.

1.  Tempah Hari Selasa & Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

20 July 2016

Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala Hanya Seminit

Sering kali mengalami sakit kepala? Ramai di antara kita terlalu banyak kerja dan stress mengakibatkan sakit di bahagian kepala. Tak kurang juga bila cuaca terlalu panas ia juga boleh menyebabkan kita mudah mengalaminya. 

Satu artikel yang malaysiaviralstory ingin berkongsi bersama-sama pembaca adalah satu tips mudah untuk menghilangkan kesakitan pada bahagian kepala hanya seminit waktu diperuntukkan.



Mungkin korang boleh cuba cara ni. Senang dan berkesan dalam tak sampai 1 minit sebabnya ada beberapa bahagian pada badan kita yang bila diurut akan hilangkan sakit. Caranya mudah saja, tempat yang perlu ditekan adalah pada tapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Letak jari ini untuk mencari dan lihat otot menonjol di tapak tangan? Itu sahaja.

P/S : Selamat mencuba.

18 July 2016

13 Simbol Pada Dashboard Meter Kereta wajib Ambil Tahu


Sumber: Mentalfloss.com Oleh: Aimi Nordin

Kebanyakkan dari kita tak tahu semua mengenai kereta. Mungkin sesetengah orang hanya tahu perkara asas sahaja namun tak mustahil ada yang tak tahu langsung. Hanya tahu bawa dan isi minyak kereta. Jadi sebenarnya penting sangat-sangat untuk kita tahu setiap fungsi kereta yang ada pada dashboard kereta kita. 

Tapi perlu diingatkan tak semua kereta ada semua simbol. 

1. Temperature Enjin

Apa maksudnya? Maksudnya, enjin kereta anda dah terlalu panas. 
 
 

2. Tekanan Tayar

Maksudnya tekanan tayar anda tak sama balance. Mungkin ada tayar yang kurang angin. 


 
3. Tekanan Minyak 

Maksudnya minyak pada enjin anda kurang, atau pun ada masalah pada sistem minyak enjin. 


4. Kawalan Cengkaman

Maksudnya cengkaman kawalan tayar kereta anda tak berfungsi dengan baik dan boleh membahayakan


 
5. Amaran Enjin

Banyak sebab yang boleh menyebabkan simbol ni akan berkelip-kelip. Jadi jangan ambil mudah bila ia berkelip. 


6. Kunci Anti Break 

Maksudnya ada masalah pada sistem break anti lock anda yang anda kena check 


 
7. Automatic Shift Lock dan Engine Start Indicator 

Maksudnya anda perlu menekan break untuk start enjin atau pun tukar ke neutral 


 
8. Bateri 

Maksudnya bateri kereta anda dah semakin lemah


 
9. Minyak 

Ini bermaksud anda semakin kehabisan minyak. Fun fact ! Ada simbol anak panah pada sebelahnya yang menunjukkan di mana tempat buka gas kereta anda. 


 
10. Tali Pinggang 

Ini adalah peringatan supaya anda memakai tali pinggang. Jangan sampai telinga dah bingit dengar bunyi ni tapi masih taknak pakai!


 
11. Airbag

Ada masalah pada salah satu airbag dalam kereta anda atau mungkin sistem airbag secara keseluruhannya. 
 

 
12. Lampu Kabus
 
 
Tahu tak lampu kabus tu apa? Hehe simbol ni maksudnya lampu kabus anda terpasang. 


 
13. Air pada wiper

Maksudnya anda kena refill air untuk wiper!


Jadi lepas ni tak ada alasan tak tahu apa maksud simbol kat dashboard meter tu okay?

Bimbang Kemungkinan Berlaku Rampasan Kuasa kedua Di Turki Ekoran 42 Buah Helikopter Hilang



ANKARA: Berikutan kehilangan sekurang-kurangnya 42 helikopter daripada inventori tentera Turki
semasa cubaan rapasan kuasa Jumaat lalu, Tukri menyatakan kebimbangan kemungkinan berlaku cubaan rampasan kuasa kali kedua.

Wartawan CNN Turk, Serdar Tuncer, menggambarkan kehilangan aset ketenteraan itu seolah-olah da pihak mahu mengulangi cubaan rampasan kuasa.

"Adakah mereka berjaya? Tidak! Tetapi adakah mereka akan mencuba?" katanya.

Cubaan rampasan kuasa daripada pihak tentera sebelum ini telah menyebabkan 265 terbunuh dan lebih 2,000 cedera yang kebanyakannya adalah penduduk awam yang menyahut seruan Erdogan supaya menentang cubaan rampasan kuasa itu.

Kerajaan Turki dalam satu kenyataan membaritahu mereka telah berjawa mengawal keadaan sepenuhnya dan memulakan sistem pembersihan tentera di mana 2,745 hakim telah dipecat dan lebih 2,800 anggota tentera termasuk penasihat ketenteraan Erdogan ditangkap.

Berikutan tindakan yang dianggap khianat itu, Edrogon tidak menolak kemungkinan mengenakan hukuman mati ke atas mereka. -

16 July 2016

8 Pekerjaan Yang Sudah PUPUS

8 jenis pekerjaan yang sudah PUPUS. Ingat apa, binatang je boleh pupus, pekerjaan pun ada yang sudah tidak lagi wujud zaman sekarang. 

Dengan peredaran zaman dan teknologi kian canggih. Beberapa pekerjaan juga telah hilang ditelan zaman, apabila khidmat pekerjaan ini sudah tidak diperlukan lagi. Dan korang pun tak payahlah gatal-gatal pergi pejabat buruh nak minta jawatan ini.

1. Penyusun Pin Boling



Beberapa orang budak lelaki diupah untuk menyusun ten-pin di lorong boling, selepas para pelanggan membuat balingan. Cuba tengok sekarang, ada lagi tak pusat boling yang guna orang untuk susun pin tu, kalau ada memang betul-betul old skool la.

2. Jam Penggera Manusia



Aku sendiri pun tak terfikir zaman dahulu ada pekerjaan ini, kerjanya senang sangat, cuma perlu pergi kejutkan pelanggan mengikut waktu yang ditetapkan, cuma perlu ketuk tingkat je.

3. Pemotong Ais




Pekerjaan ini agak ekstrem, pekerja perlu memotong ais di tasik yang membeku. Tujuan ais ini diambil adalah untuk digunakan dalam bilik bawah tanah dan juga peti sejuk. Zaman itu peti sejuk belum cangih seperti zaman sekarang lagi.

4. Pendengar Pre-Radar Pesawat Musuh



Dalam pekerjaan ini, kita boleh lihat bagaimana jadinya jika teknologi tidak berkembang dizaman ini. Untuk mengesan pesawat musuh guna radar pun terpaksa menggunakan khidmat manusia. Manusia dikerah sepenuhnya semasa zaman itu.

5. Penangkap Tikus


ekerjaan ini sekarang mungkin kita boleh anggap telah digantikan oleh orang yang buat pest-control, jawatan penangkap tikus ini diwujudkan di eropah bagi mengawal populasi tikus ketika itu.

6. Tukang Penyala Lampu.



Tukang penyala lampu pun wujud zaman dahulu kala. Sekarang semua senang, lampu jalan boleh menyala sendiri, cuba bayangkan kalau orang TNB tiap-tiap hari kena pergi buka suis lampu jalan, sampai esok pagi tak abis lagi semua lampu dibuka...hahahaha

7. Pembawa Kayu Balak.


Zaman dahulu belum lagi wujud lori balak untuk mengangkut kayu balak seperti sekarang. Jadi kayu balak yang berat itu akan di bawa melalui sungai ke tempat pemprosesan. Rasa macam aman je masa tu sebab jalan raya tak ada lori balak.

8. Switchboard Operator


Kini banyak kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia telah digantikan dengan robot. Begitu juga dengan operator penyambung talian telefon ini, wayar berselirat ini pun sudah buat aku pening.

Rasa-rasanya kerja yang kita buat sekarang akan wujud lagi ke tidak di masa yang akan datang. Tetapi ada antara pekerjaan yang masih kekal hingga sekarang iaitu guru, sejak dulu sampai sekarang masih diperlukan pekerjaan seorang guru.


14 July 2016

Perkara Perlu Dipertimbang Sebelum Anak Muda Beli Rumah Pertama


Wahai anak muda, ikut 11 nasihat ini untuk mudah membeli rumah pertama
1. Pastikan loan pertama yang anak muda buat dengan bank adalah loan rumah.
Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anak muda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan.
Kalau nak pakai kereta jugak, pastikan guna nama orang abang ke, kakak ke, ayah ke. Asalkan bukan nama kita. Nak senang lagi, mintak nak sambung bayar kereta mereka je.
2. Kalau anak muda ada buat bisnes, pastikan customer bank in ke akaun company ye.
Bukan akaun personal anak muda. Kalau customer bank in ke akaun personal, ianya TAKKAN dikira sebagai INCOME. Jadi, rugilah kat situ.
Kalau ada yang terlepas juga, transfer la balik masuk ke akaun company dengan nota ‘CASH SALES’.
Kalau tengah makan gaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan jugak company tu. ENTERPRISE saja dulu pun dah cukup.
3. Kalau anak muda ada buat bisnes sendiri, pastikan tetapkan Gaji untuk diri sendiri dan bayar kwsp kepada diri sendiri.
Bila apply loan bank nanti, akan ada 2 jenis income anak muda. Iaitu income dari bisnes, dan income dari gaji sendiri.
Untuk pembayaran gaji, gunakan cek company untuk bayar. Elakkan transfer secara online saja. Dan pastikan buat payslip dan cop sekali.
4. Jangan cepat terpengaruh untuk ambik pinjaman ASB atau pinjaman peribadi.
Sebab pinjaman jenis inilah yang selalunya menjadi faktor yang menyebabkan bank tolak permohonan pinjaman untuk beli rumah kita.
Kalau nak ambil ASB pinjaman juga, pastikan lepas lulus pinjaman rumah, baru lah ambik sekali.
Bagi saya, kalau ada merancang untuk membeli hartanah kedua, jangan ambil pinjaman ASB lagi. Sebab biasanya pihak bank akan tawarkan kepada kita selepas kita lulus pinjaman rumah pertama kita.
Tapi lain lah kalau income anda besar, kalau sekadar ambil pinjaman ASB dan bayaran bulanan tidak memberi kesan besar terhadap DSR anda, tak mengapa.
5. Untuk rumah pertama, pastikan anda beli untuk tujuan investment.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau anak muda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi perbelanjaan untuk anak muda.
Lain lah kalau anak muda beli secara tunai je kan. Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain.
Sekiranya anak muda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank.
Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, anak muda beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila nilai rumah tersebut meningkat, anak muda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggilCapital Gain.
6. Elakkan daripada letak nama bersama suami dan isteri semasa membeli rumah.
Ini kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk 2 buah rumah saja. Kalau rumah ke 3, hanya dapat loan 70% sahaja.
Ini bermakna kalau ikutkan peraturan, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah.
Tapi kalau gabung nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%. Jadi, rugilah anda.
Percaturan yang betul untuk suami isteri ialah beli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan.
Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut. Bukan ke macam duduk percuma macam tu?
7. Pastikan rekod CCRIS anda BERSIH
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-hutang kita dengan institusi kewangan di Malaysia.
Untuk memudahkan anda, sebelum anda ambil keputusan untuk buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri.
Nanti anda akan nampak senarai hutang anda dan disebelahnya senarai bayaran bulanan anda. Kalau 0, bermakna rekod anda bersih. Anda memang seorang yang berdisipilin.
Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya. Cara nak buat semakan ialah dengan pergi ke Bank Negara dan guna mesin yang disediakan.
Atau sekarang boleh apply secara online saja.
8. Ada TIGA jenis rumah yang anda boleh beli
PERTAMA, rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumahundercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (jual balik) bila dah siap nanti.
Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja.
Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.
KEDUA, rumah subsale. Bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya.
Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll.
KETIGA ialah rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe high risk, high lah return dia.
Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah anda. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi harga pasaran, keadaan rumah, kejiranan dan lain-lain sebelum commit untuk join bidaan.
Kalau tanya saya, saya lebih suka beli rumah UNDERCONS.
9. Sekiranya anda memilih utk membeli rumah under cons, maka pilih lah developer yang besar-besar saja.
Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan lain-lain. Sebab pertama kenapa perlu pilih developer ini ialah risikonya kurang.
Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang tak ada nama, risikonya sangat tinggi kerana mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah-masalah lain dan menyebabkan projek tersebut boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti.
Sebab kedua, kalau developer besar mereka biasanya menyediakan banyak benefitkepada pembeli hartanah mereka.
Sebagai contoh, diskaun 5%-10%, free aircond, alarm system, vinyl floor dan macam-macam lagi.
Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop.
Tengok lah contoh SP Setia. Beruntungnya orang beli rumah di setia alam ni. Betapa banyaknya kemudahan-kemudahan baru yang mereka dapat. Contohnya, ada mall, masjid, bank-bank, taman-taman, dan macam-macam lagi.
10. Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu
Ye lah, kadang-kadang kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar jugak. Pinjaman bank mungkin boleh lulus.
Tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat-sangat membebankan anda. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada pendapatan yang anda dapat. Last-last,tertunggak!
Jadi, untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum ambil keputusan untuk membeli mana-mana rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan pendapatan bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti.
11. Kebiasaannya kalau loan untuk rumah pertama, bank nak lihat rekod ccris anda.
Bergantung kepada sesetengah bank jugak. Sekiranya anda tidak pernah buat pinjaman dengan bank, maka rekod CCRIS anda kosong. Dan bank tidak dapat menilai macamana disiplin anda dalam pembayaran loan.
Jadi, sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, ada 2 cara yang anda boleh buat.
PERTAMA, anda mohon saja kredit kad dan guna. Cara guna kredit kad yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik kredit kad tersebut.
Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk buat bayaran.
KEDUA, buat pinjaman peribadi dalam jumlah yang paling rendah di Easy RHB. Dengan cara ni, bank akan nampak track record yang anda merupakan seorang pembayar hutang yang baik.

9 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya Perodua Bakal Lancar Sedan Pertama


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Selepas berjaya dengan kereta kompak sehingga mengungguli jualan kenderaan di pasaran tempatan sejak lebih 20 tahun lalu terutama menerusi model Kancil, MyVi dan Axia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kini tampil pula dengan model sedan. Model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan itu yang belum diketahui namanya, dikatakan bakal dilancarkan dalam masa terdekat, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan model kepada orang ramai.

Ini 9 point menarik yang perlu anda tahu mengenai Perodua sedan terbaru itu :

1 - Bakal Dikeluarkan Dengan Enjin 1.0 liter dan 1.3 liter
PERODUA sedan itu akan dikeluarkan dalam dua variasi enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Enjin 1.0 yang digunakan adalah enjin yang sama menghidupkan Axia manakala enjin 1.3 adalah enjin yang baharu.

2 - Model pertama keluaran PERODUA menggunakan kepakaran reka bentuk tempatan
PERODUA sebelum ini mengeluarkan kereta-keretanya berasaskan blueprint reka bentuk kereta lain. Tapi bagi sedan pertamanya, PERODUA mengambil keputusan untuk mereka bentuk sendiri keretanya menggunakan kemahiran tempatan.


3 - Enjin dihasilkan di kilang PERODUA/Daihatsu di N. Sembilan
Enjinya juga dihasilkan secara tempatan di kilang terbaru PERODUA/Daihatsu di Negeri Sembilan.


4 - Varian 1.3 Mengguna Enjin Baharu iaitu 1NR-VE dwi VVT-i
Enjin 1.3 yang bakal digunapakai dalam varian Premium X dan Advance adalah enjin baharu. Rasanya ramai yang akan membeli varian ini bagi merasai sendiri enjin baru ini selain lebih kuasa yang akan dihasilkan.


5 - Dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.8 km/l
PERODUA dan jimat minyak berpisah tiada!


6 - Varian 1.3 Advance dilengkapi dengan sistem Eco-Idle (Varian Advance)
Varian 1.3 Advance juga dilengkapi dengan sistem Eco-Idle dimana enjinnya akan mati sendiri apabila dalam keadaan Idle (seperti menunggu lampu isyarat). Dan sistem ini juga akan menghidupkan enjin secara automatik apabila pemandu menekan pedal minyak


7 - 5 bintang ASEAN NCAP
Yup, model sedan ini merupakan model PERODUA pertama yang menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP. Tak dinafikan, ianya satu langkah kehadapan oleh PERODUA.


8 - Dilengkapi dengan VSC (Varian Advance)
PERODUA sedan Advance pula juga dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Tambah lagi 1 bintang bagi variasi Advance.

9 - Harga dianggarkan antara RM30,000 hingga RM55,000
Melihatkan kepada harga yang ditawarkan, tidaklah jauh mana jika dibandingkan dengan Nissan Almera dan mampu milik. Jika dilihat dalam konteks harga, nyata sekali PERODUA sedan ini dicipta bagi menyaingi model PROTON saga.

12 July 2016

Proses Memisahkan Emas Dalam Komputer Lama Yang Jarang Orang Lihat


Ramai yang sedia maklum bahawa emas (Aurum, Au) digunakan secara meluas dalam industri pembuatan terutama elektronik dan komputer kerana kebolehannya sebagai konduktor haba dan elektrik yang baik serta menentang pengoksidaan. Emas kebiasaannya dijumpai dalam banyak peralatan komputer seperti pemproses (processor), papan ibu (motherboard), kad memori, dan peranti tambahan yang lain.
Jika anda perasan, ramai yang menawarkan perkhidmatan membeli peralatan elektronik lusuh seperti komputer atau dekoder Astro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan emas yang wujud di dalam peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah mendapatkan emas daripada barang-barang ini tidaklah semudah yang dijangka.
Tom’s Hardware mendedahkan 18 langkah untuk mendapatkan emas daripada barangan komputer terpakai.

Hanya pin berwarna emas dikeluarkan menggunakan playar.


Pelbagai bahan kimia digunakan seperti asid sulfurik, chlorine bleach (sodium hypochlorite) dan sodium metabisulfite.



Dan inilah proses-proses pengasingannya.





10 July 2016

Cara Hilangkan Kesan Hitam Di Celah Peha


Penampilan melambangkan identiti seseorang itu. Penampilan perlu dijaga dengan kebersihan badan, jadi kebersihan perlu dijaga rapi. Pada sesiapa yang sedang berusaha menghilangkan kesan hitam pada celah peha boleh ikut cara ini.
Pencuci Khas
Pilih pencuci untuk melindungi bahagian intim, yang membantu memutihkan dan yang boleh menghilangkan kesan hitam secara lembut.
Skrub
Scrub tempat yang sensitif 2 kali seminggu untuk untuk membuang sel kulit mati. Gossok perlahan-lahan supaya kulit di tempat sensitif tu tidak luka.
Elakkan Guna Pad lebih 7 Jam
Ketika datang haid, Jangan biarkan lama guna pad, bersihkan tempat sulit supaya tiada jangkitan yang boleh mengundang kegatalan kulit.
Kebersihan
Kebersihan di tempat sulit perlu dititikkberatkan seperti lap tempat sulit sehingga kering, elakkan memakai seluar ketat kerana ia akan menyebabkan peha bergesel dan kulit melecet. Pastikan seluar selesa dan kering.
Cerahkan celah peha dengan betik
Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus, jadikan masker. Lumur pada celah paha, leher dan ketiak. Biarkan seketika, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan beransur cerah.

02 July 2016

Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Puasa 2016



Tarikh Hari Raya Puasa 2016 akan ditetapkan setelah tamatnya kita berpuasa sebulan di bulan ramadhan. Umat Islam di negara ini dijangka akan menyambut Idul Fitri pada tarikh 06 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2016 / 1436 -1437 H bagi negara Malaysia.

Jangkaan awal Syawal 1437H adalah berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru Syawal yang berlaku pada waktu Malaysia.


Untuk makluman semua, tarikh rasmi Hari Raya Puasa bagi tahun 2016 adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

.