09 June 2016

Najib Umum Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri 2016


KUALA LUMPUR, 8 Jun : Perdana Menteri, Najib Razak hari ini membuat pengumuman gembira untuk kakitangan kerajaan iaitu pemberian Bantuan Khas Kewangan yang berjumlah RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Beliau membuat pengumuman itu melalui satu kenyataan hari ini dengan berkata bantuan khas RM250 juga akan dinikmati oleh 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri sebagaimana lapor BH Online.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

No comments:

Post a Comment