17 June 2016

Asus Memperkenalkan ZenPad Z8 – Tablet Dengan Fokus Multimedia



Asus tempoh hari telah memperkenalkan sejumlah telefon pintar baru, dan terkini untuk pasaran Amerika Syarikat, mereka telah mengumumkan sebuah tablet baru – iaitu Asus ZenPad Z8.

Asus ZenPad Z8 dilengkapi skrin bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 650, dan memori 2GB RAM. Asus ZenPad Z8 dilengkapi Android 6.0 Marshmallow dan menggunakan antaramuka ZenUI.
Tablet daripada Asus ini memfokuskan kepada menikmati media, dimana selain skrin yang baik, ia juga turut dilengkapi dengan dwi-speaker hadapan dan bateri berkapasiti 4680mAh.
Di Amerika Syarikat, Asus ZenPad Z8 ditawarkan pada harga $250 (~RM1024). Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada tablet ini akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun sebaliknya.

No comments:

Post a Comment