01 May 2017

Setiap Nabi Diberikan Allah Satu Doa Istimewa yang Pasti Makbul. Ini Doa Rasulullah yang Sengaja Nabi Simpan Khas Untuk Umatnya Di Padang Mahsyar Nanti!!!


Jika ada sebiji peluru ditembak tepat ke dada Rasulullah SAW, kita wajib segera tampil menahan dada bagi menyelamatkan baginda. Biar kita cedera atau mati, jangan baginda! Inilah yang dilakukan para sahabat pada zaman Rasulullah dahulu.


Contohnya, dalam perang Uhud ketika tentera Musyrikin Quraish datang menerpa, sejumlah besar sahabat Nabi gugur syahid kerana menggadai tubuh mereka mempertahan baginda. Bahkan jari Talhah Ubaidillah r.a. cedera parah kerana mempertahan baginda:

“Qays berkata: Aku lihat tangan Talhah (bin Ubaidillah r.a.) lumpuh tidak bergerak (kerana) menggunakannya untuk mempertahan Nabi SAW dalam perang Uhud,” – Sahih Bukhari dan Sunan al-Nasa’i.

Subhanallah! Hebat sekali pengorbanan para sahabat.

Pun begitu, semua pengorbanan itu masih kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah yang ‘satu ini’ iaitu pengorbanan menyimpan doa mustajab untuk umatnya.

Sabda baginda: “Setiap nabi memiliki doa (khusus) yang akan dikabulkan. Setiap nabi tergesa-gesa menggunakan doanya. (Manakala) aku menyimpan doaku untuk memberi syafaat kepada umatku (kelak) pada hari kiamat. Ia (habuan syafaat) itu akan diperoleh oleh orang yang mati antara umatku yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun,” – Sahih Muslim.

Jika diperhati, para nabi lain sudah menggunakan doa istimewa yang diperuntuk Allah pada mereka:



Nabi Nuh a.s.


“Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang kafir itu hidup di atas muka bumi! “Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-Mu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar,” (Nuh [71:26-27]).


Nabi Soleh a.s:


“Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina daripada Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku.

Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya. Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan. Maka ketika datang azab Kami, Kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat daripada Kami, dan Kami selamatkan mereka daripada azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Dan orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing,” (Hud [11:64-67]).



Nabi Musa a.s. terhadap Firaun:


“Dan Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua kaumnya barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka daripada jalan-Mu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,” (Yunus [10:88]).

Setelah tahu betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada kita sehingga sanggup menyimpan doa istimewa yang diperuntuk khusus kepada baginda untuk memberikan syafaat di akhirat kelak, maka sudah sewajibnya kita semua membalas penghargaan dan menyambut cinta baginda dengan benar-benar menjadi Muslim sejati sebagaimana manual yang baginda tinggalkan.

Mungkin ada menganggap remeh simpanan doa syafaat di akhirat kelak. Ketahuilah! Usahkan kita, para nabi pun gentar dan resah mengenangkan kegemparan kiamat sehingga mereka mengucapkan:

“(Pada hari ini iaitu hari kiamat, urusan kalian) adalah sendiri-sendiri. Pergilah kamu meminta bantuan (syafaat) kepada nabi lain selain aku …. [ini adalah petikan pendek daripada sebuah hadith yang panjang],” – Sahih Bukhari dan Muslim.

Ayuh! Marilah kita berdoa agar dikurniakan cinta kepada Rasulullah SAW dan berpeluang mendapat siraman doa yang baginda simpan untuk kita semua di akhirat kelak. Allahumma Solli Wa Sallim Wa Barik ‘Ala Muhammad!

Sayang 
Rasulullah SAW kepada umatnya, sewajibnya kita menghargai dengan menjadi Muslim sejati.

Ada menganggap remeh simpanan doa syafaat itu. Ketahuilah usahkan kita, para nabi pun gentar mengenangkan kedahsyatan 
kiamat.

Para nabi lain 
sudah menggunakan doa istimewa diperuntukkan Allah kepada mereka seperti Nuh, Soleh, Musa.

Antara pengorbanan terbesar Rasulullah SAW ialah menyimpan doa mustajab (syafaat) pada hari kiamat untuk umat baginda.

No comments:

Post a Comment