01 May 2017

Awas, Kalau Ada 12 Tanda Ini,Hampir Pasti Dah Suami Anda Sudah Curang !!!


Oleh:Nadia Mohamad



Bila sudah berumah tangga, salah satu perkara yang isteri paling takut ialah bila dapat hidu suami curang. Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu ramai kaum isteri diam. Walaupun makan hati, isteri tak bising sebab diorang tak nak hubungan jadi lebih keruh dan akibatnya anak-anak akan jadi mangsa.

Dan dalam banyak situasi yang berlaku, sebenarnya jika suami itu didik dengan baik maka isteri pun turut jadi baik. Jadi kaum isteri yang berfikir jauh, dia tak akan cepat melatah.

Selain kehebatan wanita melahirkan anak, wanita juga dikurniakan deria keenam di mana mereka mampu untuk ‘menghidu’ pasangan mereka yang curang.

Jadi, AWAS bagi suami yang sedang main kayu tiga dan ada perempuan lain! Ok, nak tahu tanda suami anda curang? Jom semak...
1. Tetiba telefon ada Password

Ini paling ketara, jarang lelaki nak pakai password bagai sebab menyusahkan. Melainkan dia mula ada sesuatu nak sembunyikan. Haaa... kaum isteri kena test suami, adakah encik suami sudi share password telefonnya. Kalau tak bagi, sila selidik sampai jumpa bukti!
2. Cepat marah dan melenting

Buat silap sikit, terus marah isteri. Kadang tanya lokasi pun dah marah. Ewaahhh... ini main kasar namanya! Kalau isteri tanya tu, jawablah elok-elok. Ini boleh mendatangkan perang dingin. Tapi selalunya sikap marah-marah ni juga tanda besar suami mula berubah dan nak beralih arah.
3. Suka tipu dan bagi alasan merapu

Ada sesetengah lelaki suka bagi alasan nak pergi kerja atau guna alasan outstation. Lagi teruk, masuk hujung minggu je suami ada hal. Bila nak luangkan masa bersama keluarganya?
4. Layanan dah berubah, romantik dah ghaib!

Masa mula kahwin dulu, bukan main... panggil pun "Ayang, Manja, Sweetie, Darling. Tetiba, "AKU KAU". Hmmm... nampak sangat dah tak sayang. Contoh ayat lain, "Eh, kau tahu masak menu ni je ke?" atau "Kau ni selekeh la, cuba berhias sikit..."

Wanita, pastikan perkara ni tak berlaku dalam hidup anda.
5. Lebih suka melepak dengan kawan-kawan di luar

Ya, tak semua lelaki keluar melepak itu tandanya nak curang tetapi ada kebarangkalian boleh berlaku. Kalau setiap malam keluar sampai ke pagi, lepas tu buat perangai tak angkat telefon!
6. Payah nak dihubungi

Si dia selalu memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat panggilan phone anda. Contoh mudah, dia bagi alasan phone mati, tertinggal phone kat rumah kawan dan kadang dia lambat nak angkat. Bagi Whatsapp pun tanda blue tick je naik. Maknanya dia baca tapi tak nak balas!
7. Tak senang duduk

Suami jadi tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia. Bila anda cadang nak pergi ke mana-mana, dia asyik bagi alasan ada hal. Tanda besar lain, dia gelabah bila terserempak dengan kawan-kawan yang tahu cerita sebenar.
8. Asyik melekat dengan telefon

Nak berak pun bawa telefon, itu melampau! Takut sangat bini godek telefon, yang pelik masa nak mandi pun si dia rela bawa ke tandas. Tetapi serius, kecurangan suami boleh dikesan melalui telefon bimbitnya semasa suami berada di bilik air.
9. Si Dia tak fokus dan banyak termenung

Pernah tak anda bercakap dengan dia, tetapi dia tak jawab. Situasinya seolah-olah dia sedang mengelamun. Anda cakap pun, dia macam dengar tak dengar.
10. Tersasul dan terlepas cakap

Jarang nak berlaku tetapi kalau tetiba dengar si dia panggil anda dengar panggilan lain, anda kena hati-hati. Contoh mudah,

“Baby, abang tak balik hari ni.” Eh tetiba panggil 'Baby', macam mana tu? Bila ditanya, jawabnya "sesekali nak bermanja"...
11. Berubah penampilan

Ini mungkin biasa kalau suami pakai minyak wangi tetapi kalau tetiba nak t-shirt pun bergosok, rambut sikat ala orang muda, kemeja masuk dalam seluar, ini AWAS! Lagi bahaya kalau tengok penampilan diri suami lebih kurang sama seperti waktu dia nak mengurat anda dulu.
12. Dapat rasa deria Ke-6

Bila sampai ke bab instinct wanita, lelaki tak akan boleh lari. Orang perempuan ni, instinct yang Allah bagi cukup kuat. Apa yang suami buat di luar rumah, isteri boleh rasa. Tinggal sama ada perempuan nak membebel atau tidak saja! Tetapi selalunya ramai lelaki yang tewas tak kiralah betapa rapinya rancangan si suami untuk menyembunyikannya. Ingat ya, doa hambaNYA yang teraniaya selalunya Allah akan makbulkan dan diberi petunjuk.

Nasihat untuk kaum suami di luar sana, tolonglah fikir banyak kali sebelum curang kerana sekali anda buat kaum wanita terluka, sampai 100 abad pun kaum isteri akan ingat dan ungkit!

No comments:

Post a Comment