30 April 2017

10 Tips Untuk Mengelakkan Anak Kecil Ketagih Gajet Elektronik

Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.
Utusan Malaysia

#1 – Jangan Beli

Jangan beli tab, Ipad ke apa-apa sajalah untuk anak-anak. Selagi tiada kepentingan guna, usahlah beli. Tidak perlu kenalkan mereka dengan laptop dan komputer di awal usia. Apatah lagi game di internet. Tambah-tambah, bermacam iklan yang tak baik ada di internet.

#2 – Kerap Baca al-Quran

Sejak dari dalam perut, sampai keluar perut ibu, parents kena suka baca Al-Quran. Bukan anak yang baca. Tapi, mak ayah yang duk selalu baca depan anak-anak. Mak ayah baca, anak ikut. Ramai anak belajar meniru melalui apa yang mereka dengar walaupun tak reti membaca.

#3 – Jangan Main Game Depan Anak

Kalau ayah gamer, jangan duk main game depan anak-anak. Seriously kena faham, Allah sebut demi masa, manusia itu dalam kerugian kecuali yang beramal soleh. Kalau main game sampai dua tiga jam, sampai lewat pagi, macam tak ok je. Kena lebih matanglah, dah kahwin kan.

#4 – Bawa Ke Majlis Ilmu

Bawa anak-anak walaupun masih kecil ke majlis ilmu. Ajar mereka pakai pakaian sunnah tutup aurat di awal usia lagi. Bila ayah ibu cinta ilmu, anak-anak pun jadi ikut sama. Insya-Allah.

#5 – Amalkan Beriadah

Bawa anak-anak ke taman permainan untuk beriadah. Atau main saja depan rumah dengan anak-anak. Jangan biarkan anak jadi anti-sosial dengan tab di tangan. Ajarkan anak-anak ikut solat walaupun solat sunat.

#6 – Ajar Berzikir

Ajari anak-anak berzikir yang mudah-mudah. Ayah start, ibu sambung, anak ikut. Sebagaimana ada sebuah keluarga ulama ini, tidak membiarkan anak-anak mereka diam mulut tanpa zikir kerana dibimbangi mulut itu ‘mati’ tanpa mengingati Allah.

#7 – Hadkan Penggunaan TV

Hadkan penggunaan televisyen. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika terlalu berlebihan, tak elok juga.

#8 – Wajibkan Membaca al-Quran

Wajibkan setiap hari baca Al-Quran. Pesankan pada anak-anak, kewajipan ini ayah ibu amanahkan sampai ke akhir hayat. Baca setiap hari. Bukan setakat di sekolah rendah saja, kemudian berhenti di peringkat seterusnya.

#9 – Tanamkan Sifat Zuhud

Tanamkan dalam jiwa anak-anak, sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang kaya lain yang suka menunjuk-nunjuk cara hidup mewah mereka. Syukuri apa yang kita ada.

#10 – Kenalkan Dengan Buku Ilmiah

10. Kenalkan mereka dengan buku-buku ilmiah. Jauhkan mereka dari baca buku kisah-kisah dongeng seperti Cinderella dan lain-lain. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.

Sumber : tazkirah.n

No comments:

Post a Comment