Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

29 June 2016

LailatulQadar adalah kemuncak untuk kita berusaha mencari redha dan taqwa Allah


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Ketika datang bulan Ramadan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

LailatulQadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Sememangnya tiba sahaja bulan Ramadhan, LailatulQadar adalah kemuncak untuk kita berusaha mencari redha dan taqwa Alllah. Allah telah merahsiakan waktu sebenar malam tersebut dari pengetahuan hamba-hambanya agar mereka sentiasa bersemangat untuk mencarinya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, yang bermaksud:"..barangsiapa yang menghayati LailatulQadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat yang lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu."(Hadis sahih riwayat Bukhari).

Begitu pemurahnya Allah dengan memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk mencari keampunan Allah s.w.t. Segala ibadah termasuk solat-solat sunat, istighfar, zikir, tilwatulQuran dan berdoa kepada Allah adalah ibadah-ibadah yang lazim dilakukan.

Diceritakan bahawa pada malam Al-Qadr, ribuan malaikat akan turun ke bumi dan datang mendekati manusia yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketaqwaan lalu mendoakan setiap daripada manusia itu yang sentiasa mendekati Allah SWT pada malam tersebut. 

Banyak kelebihan yang ada pada malam tersebut. Sebagai hamba Allah yang penuh dosa, inilah masa terbaik untuk kita sama-sama berusaha mencari keampunan supaya diri kita sentiasa suci dan bebas dari segala perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Oleh itu, rugilah bagi seseorang itu sekiranya tidak menghabiskan masa-masa yang ada di penghujung Ramadhan ini untuk mencari ketaqwaan Allah.

Setiap umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan doa pada malam tersebut terutama doa yang sentiasa menjadi amalan Rasulullah.

Dari ‘Aisyah r.a berkata, “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika kau mengetahui suatu malam adalah Lailatul Qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?”
Baginda menjawab, “Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) 

07 June 2016

19 Perbuatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan



Ramai tertanya-tanya adakah batal puasanya jika menderma darah, kena cucuk dengan jarum atau pelbagai lagi yang melibatkan memasukkan sesuatu dalam rongga badan.

Jadi ramai sebenarnya takut puasa mereka terbatal kerana tindakan dalam perubatan ini sehinggakan ada yang tidak pergi berjumpa doktor bila sakit di bulan puasa.

Dikongsikan oleh sorang doktor bernama Dr Ahmad Zakimi Abdullah 19 jenis perbuatan dalam bidang perubatan tidak akan membatalkan puasa anda.

Jadi apakah perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan?

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)

2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan

3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)

4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan

6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7) Menderma atau menerima darah

8) Menerima oksigen atau gas untuk bius

9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10) Mengambil darah untuk pemeriksaan

11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan

12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan

14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)

17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari

18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.

19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah.
Disediakan Oleh:
Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Disemak Oleh:
Ustaz Hj Abdullah Hj Yusuf 

Panduan Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri 2016


Berikut adalah panduan Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri. Semoga anda semua dapat ikuti panduan yang dikongsikan ini dengan sempurna. Selamat hari raya diucapkan kepada semua muslimin dan muslimah.

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri (Panduan)

Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185)

3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Lafaz Takbir Raya:

a. Takbir umum:

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ….. Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd.

b. Bacaan lengkap:

Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,… wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil

Pengertian Takbir Raya :

Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya, Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan sore. Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah, dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci. Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian. Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah. Hari Raya Aidil Fitri

* Sunat bertakbir 1 hari – bermula waktu Maghrib malam 1 Syawal, ‘Isyak, Subuh, Dzuhur & ‘Asar.
* Tamat sebaik masuk maghrib 2 Syawal.

06 June 2016

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa


Bulan Ramadan akan kembali tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang masih belum mengganti puasa fardhu yang ditinggalkan atau yang terbatal pada Ramadan lepas, cepat-cepatlah berbuat demikian.
Untuk panduan para pembaca yang akan melakukan ibadat puasa, berikut adalah niat puasa. (Perlu dijelaskan di sini bahawa melafazkan niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah).
Nota: Sebutan dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.


Niat Puasa Esok Hari

niat puasa esok hari ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'aalaa
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.


Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadan

niat puasa sebulan ramadan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'aalaa
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.


Doa Berbuka Puasa

اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa‘alaa rizqika afthortu birahmatika yaa arhamarraahimiin
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

22 May 2016

Waktu Buka Puasa 2016 Negeri Seluruh Malaysia & Waktu Imsak 2016

Assalamualaikum.

Waktu buka puasa dan waktu imsak 2016 ini dikongsikan kepada semua. Semoga bermanfaat.




Berikut Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2016:


*Pastikan anda melihat jadual Berbuka dan Imsak dengan betul iaitu mengikut Zon yang diberikan.
*Selamat Menjalani Ibadah Puasa