Bulan Ramadan akan kembali tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang masih belum mengganti puasa fardhu yang ditinggalkan atau yang terbatal pada Ramadan lepas, cepat-cepatlah berbuat demikian.
Untuk panduan para pembaca yang akan melakukan ibadat puasa, berikut adalah niat puasa. (Perlu dijelaskan di sini bahawa melafazkan niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah).
Nota: Sebutan dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.
Niat Puasa Esok Hari
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'aalaa
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'aalaa
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
Doa Berbuka Puasa
اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa‘alaa rizqika afthortu birahmatika yaa arhamarraahimiin
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment