Showing posts with label ISU PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label ISU PENDIDIKAN. Show all posts

22 July 2016

Nasihat Dari Ayah Ramai Anak, Bagaimana Hendak Mendidik Anak Remaja Lelaki

Setiap ibu bapa sudah pasti sentiasa akan cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka, didikan awal diberi, mereka cuba mencorakkan anak-anak mereka terutamanya anak lelaki yang dilihat lebih agresif.

Tetapi apabila anak-anak ini membesar dan mula melangkah masuk ke alam persekolahan, dia akan menemui ramai kawan baru dengan pelbagai tabiat atau perbuatan baru yang kita akan nampak apabila dia pulang dari sekolah.

Ada yang kita tidak pernah ajar tetapi mereka buat gara-gara terikut dengan pengaruh rakan sebaya di sekolah terutamanya anak lelaki.

Jadi bagaimana kita hendak mendidik mereka ini.

Seorang lelaki bernama Baharuddin Mohamed telah berkongsikan tips bagaimana hendak mendidik anak lelaki dengan baik dan berkesan.

Jom kita baca.




Ini anak sulong saya irfan, tahun ni ambil PT-3. Alhamdulilah, irfan memang jaga solatnya. Tak perlu sentiasa saya ingatkan. Sesekali kalau ikut catering pun dia akan jaga solatnya. Ini gambar curi, tersentuh hati saya bila melihat gambar ni. Moga Ifran jadi anak yang soleh. 
.
Doakan anak kita, sayangi dia seadanya. Irfan hero saya, irfan jadi kawan saya. Dah besar dah anak ayah. Dia pernah dapat nombor satu dalam kelasnya. Dia pernah menanggis kerana dapat nombor terakhir dalam peperiksaannya. Saya angkat tangannya bila dia jatuh. 
.
Tip Jaga Anak Remaja Lelaki 
======================
.
1. Tak boleh garang memanjang dengan mereka, perlu jadi kawan. 
.
2. Mereka kurang pandai mengurus dan mengatur hidup mereka, plankan hidup mereka dari awal. Tentukan target mereka jangka pendik dan jangka panjang. 
.
3. Berikan tanggungjawab pada mereka. Mereka akan belajar pikul tanggungjawab sebagai anak lelaki. 
.
4. Selalu berikan nasihat melalui tauladan supaya mereka lihat depan mata. 
.
5. Jangan terlalu diberi kebebasan untuk membuat keputusan. Mereka remaja selalunya akan membuat keputusan mengikut emosi. Jaga gerak geri mereka, kita ibu bapa perlu berkawan dengan kawan-kawan anak kita. 

#TipAyahRamaiAnak

09 May 2016

Cara Pengiraan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai Julai 2016

Jadual  cara kira kenaikan gaji kerajaan atau penjawat awam mulai Julai 2016. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam pembentangan bajet 2016, semua kakitangan awam akan naik gaji satu gred berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016. Ini selaras dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Ini bermakna kakitangan kerajaan akan naik gaji dua kali, pertama kenaikan gaji tahunan (KGT) dan kedua kenaikan gaji satu gred bermula pada julai 2016. Selain daripada itu,turut diumumkan juga bahawa kenaikan gaji minimum kerajaan dari RM900 dinaikkan kepada RM1200 hanya berkuatkuasa kepada kakitangan kerajaan yang baharu sahaja dilantik mulai Januari 2016.
Fakta Kenaikan Gaji Kerajaan 2016 (2 Kenaikan Dalam Setahun)
  • Kenaikan Pertama: Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
  • Kenaikan Kedua: Kenaikan Satu Gred lagi atau Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Mulai 1 Julai 2016
Contoh Mudah Pengiran Kenaikan Gaji 2016
Kenaikan Pertama: Jika anda mula bekerja pada bulan Januari 2015, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) akan dibayar pada Januari 2016. Ini akan kenaikan pertama
Kenaikan Kedua: Kenaikan satu gred lagi, ini bermakna semua kakitangan awam menerima satu lagi kenaikan gaji tahunan pada Julai 2016.
Nota Kaki:
Kenaikan Gaji Tahunan = KGT
A = Gaji Pokok
B = Gaji Pokok Baru
C = Gaji Pokok Baru Selepas Kenaikan 1Gred Gaji


Untuk memudahkan Pemahaman Anda:
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada Januari, gaji akan naik pada bulan Januari dan Julai.
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada April, gaji akan naik pada bulan April dan Julai.
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada Julai, gaji akan naik pada bulan Julai dan bulan yang sama Julai.
  • dan begitulah seterusnya…
Contoh Lagi Pengiraan Kenaikan Gaji Satu Gred Mulai Julai 2016

Fokus pada bulatan tanda Merah sahaja: Ahmad selaku Pembantu Tadbir Gred N17 telah memerima Kenaikan Gaji Tahunan pada April manakala kenaikan gaji satu gred lagi pada Julai. Katakanlah gaji tahunan bagi Pembantu Tadbir adalah sebanyak RM95. Oleh itu, Ahmad akan menerima kenaikan gaji RM95 sebanyak dua kali iaitu pada Bulan April dan Julai. Mudah bukan pengiraan?



Penyeragaman  Penambahbaikan Gred Mulai Julai 2016
Memandangkan kenaikan satu gred mulai Julai 2016, gred gaji paling rendah atau terdahulu wajib dimansuhkan.
Contohnya:

  • Kakitangan berkelayakan SPM Gred 17 dimansuhkan dan diseragamkan kepada Gred 19
  • Kakitangan berkelayakan STPM Gred 27 dimansuhkan dan diseragamkan kepada Gred 29
  • Manakala gaji pegawai gred 28 diseragamkan kepada gred 30
  • Ini bermakna gaji jawatan Gred 17 dipinda kepada gred 19. Begitu juga dengan gaji pegawai Gred 27 dipinda kepada gred 29.
  • dan begitulah seterusnya
















07 May 2016

PM Najib Umum Tablet Untuk Guru



Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bersama sebahagian guru semasa M ajlis Pelancaran Tablet Berserta Perisian Tutor dan E­Paper Utusan Malaysia Kep ada Para Guru Kementerian Pendidikan di Kuching, Sarawak, semalam. Turut se rta, Mahdzir Khalid (depan, lima dari kiri), Dr. Salleh Said Keruak (empat dari kir i), Dr. Madinah Mohamad (dua dari kanan) dan Dr. Khair Mohamad Yusof (tiga d ari kiri) . UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN KUCHING 5 Mei ­ Pemberian komputer tablet yang dilengkapi perisian akhbar pe ndidikan Tutor dan e­paper Utusan Malaysia oleh Kerajaan Pusat kepada para g uru yang dimulakan di negeri ini merupakan satu revolusi kecil dalam dunia pen didikan yang diharap memberi manfaat jangka panjang, kata Datuk Seri Najib T un Razak. Perdana Menteri berkata, penyediaan gajet berkenaan adalah satu langkah yang begitu besar kesannya dan beliau yakin proses pengajaran dan pembelajaran (P &P) akan melonjak kepada tahap yang lebih tinggi selain membolehkan konsep pembelajaran berlaku di mana­mana sahaja dan pada bila­bila masa.


Kata beliau, hal ini penting kerana melaluinya para guru dapat menyampaikan k andungan pendidikan dengan nilai yang lebih kreatif selari dengan tahap pemikir an golongan pelajar yang disebut sebagai kelompok digital native. “Kita tidak mahu murid lebih bermaklumat daripada guru, ini juga satu cabaran kepada kita kerana mereka terlalu pantas mendapat akses kepada Internet.

 “Dengan adanya tabet ini, ia adalah revolusi kecil dalam bidang pendidikan nega ra, mudah­mudahan ini menjadi langkah yang sangat bermakna,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Tablet Berserta Perisian Tutor dan E­Pap er Utusan Malaysia Kepada Para Guru Kementerian Pendidikan di sini hari ini. Yang hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pendidikan, Datuk S eri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Sai d Keruak; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Moha mad; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof dan Timb alan Pengarah Pendidikan Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus. Turut serta Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh; Pen garah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pengar ang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Perdana Menteri berkata, pemberian tablet berkenaan adalah yang pertama seu mpamanya di peringkat negeri dan perisian itu bakal diterima semua guru di sek olah rendah, menengah serta yang bertugas di Pejabat Pelajaran daerah dan ne geri. “Lepas Sarawak, kita perluaskan ke negeri lain dalam masa tertentu secara berp eringkat, semua guru menengah dan sekolah rendah di seluruh negara akan dib ekalkan dengan tablet ini,” katanya.

01 May 2016

PERUBAHAN DALAM POLISI PENGAMBILAN PELATIH GURU PISMP PADA TAHUN 2012 DAPAT MEMACU PRESTASI PENCAPAIAN MURID

PERUBAHAN DALAM POLISI PENGAMBILAN PELATIH GURU

Guru pelatih merupakan komponen yang paling berpengaruh terhadap terciptanya hasil pendidikan yang berkualiti. Usaha penambahbaikan yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tidak akan memberikan sumbangan yang ketara tanpa memantapkan kualiti guru pelatih. Hal ini kerana, guru pelatih merupakan asas kepada pembangunan pendidikan yang berkualiti pada masa akan datang. Oleh itu, pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat perubahan polisi pengambilan guru pelatih dari aspek akademik dengan hanya memilih pelajar-pelajar berprestasi akademik cemerlang diambil sebagai calon guru pelatih. Perubahan polisi ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berprestasi yang diharapkan dapat memacu prestasi pencapaian pelajar di sekolah.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang adalah berpotensi untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti dalam membantu sekolah memacu prestasi pencapaian murid. Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu,  bakal-bakal guru yang berkualiti dari segi pencapaian akademik adalah merupakan aset yang penting kepada sesebuah sekolah dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar mempunyai pencapaian yang cemerlang.

Perubahan polisi yang dilakukan adalah bertujuan untuk melahirkan bakal guru berkualiti yang diharapkan dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid di sekolah kelak. Berdasarkan sebuah Kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an tentang perhubungan antara prestasi guru dan pencapaian pelajar. Kajian menunjukkan bahawa apabila dua orang murid berumur lapan tahun dengan prestasi sederhana diajar oleh guru yang berlainan iaitu seorang guru berprestasi tinggi, dan seorang lagi guru berprestasi rendah. Hasil kajian menunjukkan murid yang di ajar oleh guru yang mempunyai prestasi tinggi menunjukkan pencapaian murid meningkat sebanyak 90 persentil manakala murid yang diajar oleh guru yang mempunyai prestasi rendah  menunjukkan pencapaian murid menurun sebanyak -37 persentil. Hasil prestasi pencapaian akademik murid tersebut berbeza sebanyak lebih daripada 50 poin persentil dalam tempoh tiga tahun. Dapatan yang sama juga ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan di Dallas dan di Boston, Amerika Syarikat, serta di England. Melalui kajian ini dapat menunjukkan bahawa guru yang berkualiti merupakan faktor kepada pencapaian murid. Oleh itu, polisi pengambilan pelajar lepasan SPM yang berakademik cemerlang adalah mampu menjadi guru berprestasi dalam meningkatkan pencapaian guru

            Kajian hubungan antara kualiti guru bahasa arab dan pencapaian pelajar dalam bahasa arab yang dijalankan di Maktab Rendah Putra juga menunjukkan perkaitan antara guru dan prestasi pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar berpendapat bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi iaitu sebanyak 91.2%, diikuti 7% pada  tahap  sederhana dan  hanya 1.8% pada tahap rendah. Dalam kajian ini menyatakan guru juga memainkan peranan dalam menghasilkan pembelajaran  Bahasa Arab  yang  berkualiti. Dalam mana-mana proses P&P, guru merupakan aset yang penting dalam memastikan kejayaan pelajar.

Menurut Atan Long (1976) dalam kajian kes melibatkan mahasiswa Politeknik Unku Omar menyatakan bahawa siswazah yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang akan mempamerkan budaya kerja yang berkualiti berbanding siswazah yang mempunyai prestasi akademik yang kurang cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kualiti kerja dan prestasi akademik, maka ia membuktikan bahawa guru pelatih yang berprestasi akademik cemerlang akan mampu menjadi seorang guru yang berkualiti. Hal ini turut disokong oleh Noryati ismail (2006) dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor guru merupakan penyumbang penting bagi menentukan kualiti Pendidikan dan sesebuah sekolah tidak boleh meningkatkan pencapaian pelajar tanpa memperbaiki kualiti guru.

Selain itu, satu lagi kajian yang dijalankan oleh Rohani Ibrahim pada tahun 2010 tentang hubungan  guru dan pelajar menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen belajar pelajar. Ini bermakna ciri kualiti yang ada pada guru mempengaruhi komitmen belajar pelajar. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Salleh (2003) dan Hattie (2003) yang juga menyatakan guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum.Guru yang berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah

Sememangnya pengambilan guru pelatih yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang boleh meningkatkan prestasi pencapaian murid kerana prestasi akedemik merupakan penanda aras pencapaian tahap yang diperolehi oleh individu dalam bidang ilmu pengetahuan. Ini bermaksud guru pelatih yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang merupakan guru pelatih yang mahir dalam bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari serta mempunyai kemahiran pedagogi yang berkualiti. kemahiran pedagogi yang berkualiti mampu memberi kesan terhadap proses pengajaran yang berkesan. Kesan daripada proses pengajaran yang berkesan akan meningkatkan kefahaman murid-murid tentang sesuatu matapelajaran yang diajar yang seterusnya boleh meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam matapelajaran yang di ajar oleh guru. Contohnya, sesorang guru pelatih reka bentuk dan teknologi yang mahir dalam bidang kerja kayu mampu memberikan input pengetahuan yang jelas kepada pelajar tentang proses-proses penghasilan projek kerja kayu maka hasilnya murid akan menghasilkan projek kerja kayu yang baik dan kemas.

Selain itu, pengambilan guru pelatih yang mempunyai prestasi akedemik yang cemerlang  dapat megubah corak pendidikan kearah pendidikan yang kreatif dan inovatif. Hal ini kerana, melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh guru pelatih dapat mewujudkan suasana pengajaran yang Kreativiti Dan inovatif. Salah satu perubahan ini adalah dengan menyediakan pengajaran yang  mencabar keupayaan pelajar mereka berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid dan boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Guru pelatih akan bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru pelatih  sebagai penyampai ilmu memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.


Untuk merealisasikan guru yang mampu meningkatkan prestasi pelajar, kementerian pelajaran perlu mengetatkan syarat pengijazahan dengan menetapkan standard yang lebih ketat untuk bergraduat daripada latihan perguruan sebelum diambil bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian. Contohnya, mengetatkan syarat mendapat ijazah kelas pertama dan meletakan syarat minimum purata gred 3.0 keatas sebagai syarat penganugerahan ijazah perguruan serta kepujian. Hal ini bertujuan, memastikan guru pelatih yang berkualiti sahaja yang layak mendapat anugerah kelas pertama. Selain itu, guru permulaan akan dipilih hanya apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan. Syarat ini bertujuan untuk  memastikan guru pelatih yang menguasai bidang pedagogi dan bidang yang diajar sahaja yang diambil sebagai guru.


Selain itu, Untuk merealisasikan guru yang mampu meningkatkan prestasi pelajar kementerian pendidikan malaysia hendaklah Meningkatkan keberkesanan latihan. Memantapkan profesionalisme guru pelatih dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi. Hal ini kerana, aspek pedagogi adalah elemen yang paling penting persekolahan yang mempunyai pengaruh ke atas hasil pembelajaran pelajar. Dalam konteks Malaysia, penyelidikan mendapati bahawa amalan pedagogi guru di dalam bilik darjah adalah salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar (Aminah, Hazri, Halim, Maznah dan Farouk, 2004). Oleh itu, guru pelatih yang mahir dalam aspek pedagogi mampu melaksnakan pengajaran yang menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian murid di dalam kelas.    

            Seterusnya, dalam merealisasikan guru pelatih yang mampu meningkatkan prestasi pelajar  Institut Pendidikan Guru hendaklah mempereratkan   kerjasama dengan  pihak universiti yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan  kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Melalui kerjasama ini pihak institut pendidikan guru boleh berkerjasama dengan pihak universiti bagi menjalankan penyelidikan tentang dasar-dasar kurikulum yang sesuai digunakan seiring dengan perubahan arus pendidikan masa kini. Contohnya, perubahan kurikulum bersepadu kepada kurikulum standard memerlukan kerjasama daripada pihak universiti bagi menentukan keperluan akedemik guru pelatih seiring dengan arus semasa pendidikan negara.

Namun pemilihan guru pelatih dari aspek prestasi kecemerlangan dalam akademik sahaja masih tidak memadai untuk meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini kerana, aspek akedemik sahaja tidak mengukur dari segi aspek fizikal, jasmani dan rohani seseorang calon guru pelatih. Hal ini turut dinyatakan, di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan kecemerlangan pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Hal ini bermaksud pemilihan guru pelatih dari aspek akedemik sahaja tidak mencukupi kerana seseorang guru pelatih hendaklah melengkapkan dirinya dengan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).  Contohnya, selain faktor akedemik seseorang calon guru pelatih juga perlu mempunyai tingkah laku yang baik supaya guru pelatih berupaya menjadi role model kepada pelajarnya. Guru pelatih yang mempunyai tingkah laku yang baik akan menyebabkan murid-murid akan berasa hormat terhadapnya seterusnya ia akan memudahkan pelaksanaan pengajaran dan meningkatkan prestasi pelajar.

Selain itu, pengurusan emosi yang baik juga perlu diambil kira dalam aspek pemilihan guru pelatih. Hal ini kerana, dalam usaha meningkat prestasi pelajar guru perlu menghadapi tekanan daripada pelajar dan kerja-kerja pengurusan sekolah. Tanpa pengurusan emosi yang seseorang guru akan mudah terganggu emosinya menyebabkan seseorang guru itu tidak boleh fokus terhadap pencapian muridnya. Contohnya dalam kes ‘ Bisikan Misteri Arah Guru Amuk’ yang berlaku di SK Sabur, Kota Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau. Hasil siasatan mendapati bahawa guru tersebut menghadapi tekanan emosi akibat tertekan dengan suasana sekolah. Oleh itu, guru yang gagal mengawal diri akibat emosi akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu  pengajaran dan pembelajaran. Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang akan membantutkan usaha meningkatkan prestasi pelajar ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.

PENULIS :
ZULHILME BIN MOHAMAD
IJAZAH SARJANA MUDA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH