19 May 2016

Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah Hilang Dari Radar

KAHERAH: Sebuah pesawat EgyptAir yang berlepas dari Paris ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam Selasa (waktu tempatan)
Pihak EgyptAir dalam Twitter hari ini mengesahkan hal ini. Menurut syarikat penerbangan dalam Twitter rasminya, sistem komunikasi dengan sistem pengesan radar terputus sekitar jam 2.45 pagi (waktu tempatan).


Menurut syarikat penerbangan dalam Twitter rasminya, sistem komunikasi dengan sistem pengesan radar pesawat tersebut terputus sekitar jam 2.45 pagi (waktu tempatan)



Pesawat yang membawa 59 penumpang dan 10 anak kapal itu dilaporkan sedang berada di ketinggian 37,000 kaki dan baharu sahaja memasuki ruang udara Kaherah ketika hilang dari radar.
Aplikasi radar pemantauan trafik udara, Flight Radar 24 menyatakan, lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah di Laut Mediterranean sebelum ia memasuki ruang udara Mesir.

No comments:

Post a Comment