Panduan Dan Contoh Soalan Ujian MEdSI Terkini
Maklumat yang diperolehi dari pengukuran/ujian ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.Kelayakan Menduduki Ujian MEdSI
Calon-calon yang bercadang untuk memohon ujian MEdSI harus mempunyai kelayakan berikut iaitu lepasan STPM/setaraf untuk mengikuti PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN dan memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) di IPTA.Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti yang tersebut di atas akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI.
Format Ujian MedSi
Mengandungi 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 JamMempunyai 4 bahagian
- Bhg 1 : Personaliti 110 item
- Bhg 2 : Minat kerjaya 60 item
- Bhg 3 : Nilai intergriti 70 item
- Bhg 4 : Kecerdasan emosi 60 item
- Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/
- NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web UPU
- SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web UPSI
- TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
- MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
- Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
- Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
- JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
- Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
- Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
- Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja. 1 soalan bersamaan dengan masa 12 saat untuk menjawab.
No comments:
Post a Comment