16 October 2017

Ramai isteri di luar sana yang buat salah tanpa mereka sedari. Bila suami sampai di muka pintu, terus mengadu masalah anak atau meluah tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan menempuh jam, terus rasa down. Mood pun jadi tak best.
Apa tidaknya, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Sebab itulah ada suami yang tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Suami akan lepak dulu di kedai mamak, alasan mereka release tension. Ada juga yang kata inilah masa ‘bertenang’ sebelum mengadap isteri.
Jadi jangan salahkan suami kalau dia tak betah duduk di rumah. Sebenarnya ada salah kita juga. Jangan suami tempat lepas geram, dia juga manusia biasa. Walaupun suami lelaki tapi jika hari-hari hadap situasi ini, dia pun tak tertanggung.
Sebelum suami bosan pulang ke rumah, lebih baik kita cepat berubah dan bertindak. Biar suami rindu-rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah.

7 Tip Supaya Suami Rindukan Isteri & Cepat Pulang Ke Rumah

1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Sejuk hati suami apabila melihat isterinya memberi layanan yang baik.
2. Pastikan kita rapi dan wangi. Jangan pula selekeh macam hantu Kak Limah, bau yang harum dan paras isteri yang rapi menjadi terapi buat suami. Biar dia sentiasa nampak kita hot.
3. Ambil barang pada tangan suami. Jika suami beli barang, sambut barang tu. Itu sebagai tanda kita menghargai suami.
4. Buatkan air kegemaran suami. Suami baru pulang biasanya penat dan haus, jadi tanya suami mahu minum apa. Ada suami yang suka air sejuk dan ada juga minuman panas.
5. Berbual perkara yang santai dengan suami. Biar dia tahu kita peka dan mengambil berat tentangnya. Misalnya tanya bagaimana hari yang dilalui suami hari itu.
6. Biar suami makan dan rehat dulu. Sementara suami bersihkan badan, anda hidangkan menu yang digemari suami. Masakan simple sudah memadai, suami pasti sangat gembira.
7. Bila suami dah tenang baru ‘masuk jarum’ sama ada nak minta beli barang atau nak mengadu masalah anak-anak atau masalah lain.Selepas perut suami dah kenyang, saat dia berehat barulah utarakan isu yang mahu dibincangkan. Saat ini suami lebih rasional dan bersedia.
Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..
Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.
Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.
Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.
Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah -ebit lew
p>Perempuan yang nak sangat buang lemak, eloklah cuba minum air kurus viral ini, sebab bahan yang diguna cukup mudah nak dapat dan lagi best kesannya mujarab! Petua kurus ini dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai, yang mana dia sendiri mengamalkan minuman tradisional ini untuk jaga badan…
Dalam bebanyak resepi air kurus, Aisyah paling ketagih minum resepi ni. Camano la tak ketagih, makan banyak pun berat tak naik. Maintain jer.
Tapi yang paling best, tak sampai 5 minit minum, angin berzumba keluar. Tak tahu la dah berapa lama angin ni duk betapa dalam badan. Senggugut pun hilang.

AIR KURUS VIRAL

1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara-cara:

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.
Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.
Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

KMC

– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman

Serai

– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka

Halia

– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon

– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut

Cengkih

– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan

Madu

– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi
Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat!

Percayalah, kerja rumah seorang isteri tak pernah siap. Kalau nampak isteri dah tarik muka masam, itulah peranan suami. Cuba tolong mana yang mampu sebab kadang isteri tak cakap walau dia penat. Tangan tetap bergerak demi kepuasan mata suami, sama ada isteri itu suri rumah atau keluar bekerja dia gigih uruskan rumah tangga.

Namun andai sesekali anda terlihat rupa isteri seperti orang berumur, rambut pun serabai, tidur berdengkur dan kadang rumah tak berapa nak kemas… bantulah dia. Itu mungkin dia dah tak mampu buat.

Bagi yang masih tak faham situasi isteri, bacalah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini dengan hati terbuka. Moga para suami mampu menjaga hati seorang isteri…

Sebak bila melihat seorang isteri….

Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer.

Ke ustaz rasa macam mana?

Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis.

Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis.

Cuba suruh isteri kerja 3 hari. Kita lelaki urus rumah 3hari. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka.

Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka.

Inilah Kerja Rumah Isteri

Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang..mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula…mereka menjerit marah penat…belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan.

Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak.

Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan. Kasihankan. Ya Allah.

Isteri Buat Macam-macam

Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu. Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH…

Kita kahwin ini amanah ALLAH. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doakan isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka. Ya Allah kami suami sangat sayang isteri amanahmu. Sayangilah mereka. Kekurangan kami dalam sayang dan beri masa bangunkan mereka dengan Islam kau maafkanlah.

Abang tadi menangis. Ya Allah… ustaz. Terima kasih. Sedih rasa. Rindu isteri saya. Betul lah ustaz. Tulah abang, saya lagi rindu isteri anak-anak saya. Bila tadi saya suap anak-anak 3 pagi duduk lepak. Jauh mereka merayau. Ya ALLAH selamatkanlah keluarga kami semua. Dari tadi saya sebak. Maaf saya emosi sikit cerita pada abang ini-ebit lew

 

15 October 2017

Dalam keadaan ekonomi sekarang agak mustahil bagi kita untuk menjadi kaya dalam masa terdekat, tapi kita tak sedar ada cara mudah lain yang membolehkan korang jadi senang.
Ini bukanlah ‘jalan pintas’ seperti yang dianggap oleh masyarakat umum, tetapi ini cara ‘tersembunyi’ yang tak terlintas dalam fikiran anda untuk senang.
Pendek kata murah rezeki, mungkin bukan kaya dari segi kewangan tapi ‘kaya’ dari pelbagai sudut.

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.
1) Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2) Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu
3) Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4) Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5) Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6) Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7) Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8) Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9) Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10) Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

sumber: lelakisihat.com
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
10 tahun di konti HOT FM.

Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.

Bersama rakan selebriti, Nana.

Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.

Selesa dengan penampilannya kini.

“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Artikel Berkaitan: Kisah Noh Hujan Sebelum Jumpa MIzz Nina & Terus Istiqomah
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.

Ketika mengacarakan satu majlis anugerah.

“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.

Moga kekal istiqomah.

Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.

DENGAR VIDEO PENUH PERKONGSIANNYA:


SUMBER: THE ROHANI

12 October 2017

Pengalaman sakit kepala bukanlah merupakan sebuah pengalaman yang seronok. Lebih-lebih lagi sekiranya ia terjadi sewaktu ada berada jauh daripada akses kepada ubat-ubatan seperti Panadol dan Paracetemol untuk melegakan kesakitan tersebut.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa selain daripada pengambilan ubat moden, terdapat cara alternatif yang dapat menghilangkan sakit kepala ini secara efektif?
Akutekanan merupakan sebuah teknik urutan yang telah dibuktikan keberkesanannya melalui beberapa kajian saintifik. Teknik yang memanipulasi titik-titik akupuntur dan refleksologi ini terbukti dapat membantu mereka yang menghidapi masalah migrain, hypertension dan stress.
Terdapat enam cara urutan di enam titik utama untuk menghilangkan sakit kepala:

1. Titik Yintang



Titik yang terletak di atas laluan hidung di antara dua keningi ini merupakan punca untuk menghilangkan masalah mata letih.

2. Titik Zanzhu


Titik semetri yang terletak di bahagian awal kening ini. Urutan di kawasan ini dapat membantu melegakan masalah hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata.

3. Titik Yingxiang


Titik ini terletak berdekatan kawasan di antara bibir dan hidung. Bagi mencari titik ini, gunakan jari anda untuk cari kawasan berlekuk di bawah tulang pipi. Titik ini dapat membantu menghilangkan masalah sinus, mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi.

4. Titik Tian Zhu


Titik semetri yang terletak di kawasan belakang kepala di kawasan di antara dua telinga. Urutan di kawasan ini dapat membantuk melegakan masalah hidung tersumbat, sakit pada mata dan telinga dan migrain.

5. Titik Shuai Gu


Terletak dalam jarak 2-3 cm dari kawasan permulaan garisan rambut. Lokasi titik ini dapat diketahui dengan mencari kawasan lekuk kecil pada titik ini. Urutan perlahan di kawasan ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan masalah keletihan pada mata.

6. Titik He Gu


Titik yang terletak di kawasan belakang lengan, di antara ibu jari dan jari telunjuk ini dapat melegakan masalah sakit belakang, sakit gigi dan mengurangkan rasa tegang

11 October 2017


Apbila seorang lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap kera selama ini tiba-tiba jadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan air mata bila hatinya dilukai.

Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dibuat oleh lelaki itu. Sekiranya korang sedar teman lelaki tu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi korang dengan rela hati, ternyata korang tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan korang sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tapi atas dasar cinta yang sebenar. Tahu tak korang beruntung sebenarnya.

Selain itu, kalau teman lelaki korang sentiasa buat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius dari korang. Dah tentu dalam sesebuah hubungan kita mahukan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenangkan. Jadi tak peliklah lelaki macam ni sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Pada dia, dah jadi tanggungjawab untuk dirinya buat orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Janganlah pulak korang anggap teman lelaki tu seorang yang kuat membebel sekirany setiap masa dia cuba memberi korang nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi supaya hubungan yang ada berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia sangat menyayangi hubugnan antara korang.

Jadi bukakanlah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk abaikan saja. Kalau hati dah sayang, maka macam-macamlah yang akan korang fikirkan termasuklah bimbang takut kehilangannya. Begitu juga bila teman lelaki menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaiukan kesudahan hubungan korang. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengai hubungan korang dan bagaiman untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja.

Setiap saat bagi dia amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kami senang hati memikirkan "aku hot, cantik kot, ramai lagi lelaki kat dunia ni". Kalau boleh biarkanlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!

Nampak kelakar, tapi itulah hakikatnya bila teman lelaki korang berperangai tak ubah macam budak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian dari korang. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih dari orang lain yang pernah korang sayang. Kalau dia merajuk hatu, cubalah pujuk. Jangan pula korang sangka sifat manja si dia itu mengada-nganda. Byukan senang lelaki nak ubah sikap machonya kepada lelaki yang berpewatakan manja.

Hanya untuk orang yang disayangi sahaja, percayalah korang menghadapi masalah dan orang pertama datang tolong adalah teman lelaki korang. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup buat apa je asalkan korang senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.. contoh korang beritahu yang korang akan pergi ke sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama. Tiba-tiba si dia jadi menggelabah, korang boleh tengok reaksinya masa tu. Itu tandanya si di lansung tak boleh berjauhan dengan korang dan korang tidak perlu ragukan tentang kesetiaannya.

Sekiranya temana lelaki kami sentiasa tanyakan "awak masih sayang saya? Jangan anggap soalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia taknak kasih sayang korang kepadanya luntur. Sebab itu je lah ayat yang mahu didengarinya berulang-ulang kali supaya korang tahu betapa si dia mahu korang sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun berlum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama korang. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.

 Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tak ke korang terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata untuk korang? Kasih sayang pada korang melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada Tuhan, sayang kepada agama. Korang akan menyesal dengan ketulusan hatinya kalau korang menolah cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mampu mencairkannya.

Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga dengan teman lelaki korang, tidak lari dari buat silap dan kadan-kadang buat korang kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah, itu satu perkta yang baik dan korang perlu sokong dia. Berikan masa untuk dia. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi korang, itu satu perkara yang baik. Janganlah korang mencari pengganti si dia semata-mata korang kecik hari dengannya.

Dan korang pasti ke pengganti tu mampi bahagiakan korang? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia sayangkan korang, betapa si dia lebih pentingkan diri korang dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk korang. Asalkan korang selesa dan rasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadannya. Berikan diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan susah nak dicari, tapi ketelusan akan dapat diberikan kalau korang juga betul-betul tulus menyayanginya.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau korang rasa pasangan korang banyak kekurangan dan selalu sakitkan hari korang lalu koran pon cari penggantinya, alasan korang dah tak serasi dan dah takda hari, dah tawar hati.

Korang pula macam mana? Adakah korang itu tak pernah buat silap? Adakah korang tak pernah sakitkan hari pasangan korang? adakah korang ini setaraf dengan Siti Khadijah? Setelus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah? Jangan biarkan ego kuasai perasaan kalau korang tidak pasti akan menyesal satu hari nanti. Korang sering menyalahkan lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..

Walhal manusia semua sama, ada perasaan itu dalam setiap diri masing-masing. Mungkin pasangan korang tu tak sempurna, tapi kalau korang dapat merasai keikhlasannya itu lebih baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dibuat. Tapi boleh dirasai dengan hati. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita itu berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas sedala dugaan dan cabaran dalam hidup bersama pasangan. Jangan beri harapan kalau hari kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkannya.

Sedar tak sedar kejap je dah masuk nak penghujung tahun 2017 dan umur pun makin bertambah. Jadi, nak tahu apa matlamat anda? Bagi mereka yang berumur 30 tahun keatas dan masih belum ada kewangan yang stabil, anda berada dalam fasa yang bahaya!

Apa kata anda tetapkan target yang anda perlu capai tahun sebelum umur 35 tahun. Boleh lakukan dari sekarang dan apa pun percaya pada diri yang anda mampu capainya dengan cara anda sendiri

1. Rumah yang selesa


Masuk umur 35 tahun, kena fikir untuk menetap dimana sebab takkan nak berpindah randah kan? Belilah rumah yang selesa untuk duduk bersama pasangan dan anak-anak, ikut kemampuan masing-masin.

2. Dua rumah untuk pelaburan



Sebelum teringin duduk rumah sendiri, pastikan sekurang-kurangnya ada dua biji rumah untuk disewakan dan dijadikan pelaburan. Bulan-bulan duit masuk dan bila usia milikan rumah dah matang, jualkan dan dapat untung lagi.

3. Simpan enam bulan gaji


Anggap duit simpanan ini sebagai dana kecemasan. Jangan berhutang dengan orang lain. Jangan sesekali buat pinjaman peribadi.

4. Simpanan bulanan tetap


Bagi yang bujang, simpan 30%-50% gaji bulanan dan bagi yang dah berkahwin 10%-30% daripada gaji anda.

5. Kereta yang memuaskan



Sudah sepuluh tahun tangguh nafsu nak pakai kereta ‘best’, jadi pada umur 35 tahun ini, apa kata beri ganjaran pada diri sendiri dengan beli kereta yang sudah lama diidamkan.

Tulang belakang kita adalah satu komponen penting bagi diri manusia. Banyak saraf dan saluran yang melalui tulang belakang.

Tetapi tanpa kita sedar, aktiviti harian kita akan membuatkan tulang belakang kita melalui stress yang tinggi. Adakalanya bagi mereka yang bekerja di hadapan komputer dan sentiasa duduk hampir 8 jam sehari.

Ia akan memberi effect yang buruk kepada tulang belakang kita. Kebiasaannya anda akan mula rasa sakit di bahagian pinggang atau atas bahagian pinggul anda. Itu adalah kerana apabila anda terlalu banyak duduk, saraf anda akan di tekan oleh bahagian atas badan.

Jadi kami hari ini ingin kongsikan kepada anda, senaman yang mudah untuk anda mengurangkan sakit belakang anda.



Duduk di atas permukaan yang rata atau di atas kerusi. Cuba untuk satukan kedua-dua telapak tangan anda di belakang badan anda. Gerakkan bahu anda kebelakang. 

Pada mulanya ia mungkin sukar untuk anda satukan telapak tangan anda. Panggil seseorang untuk bantu anda. Apabila anda selalu lakukannya, ia akan menjadi lebih mudah.


Sama seperti melakukan stretching semasa anda ingin bersukan. cuba capai tangan anda di belakang badan. Kemudian tangan anda yang berada di atas cuba untuk tarik sejah yang boleh. Ingat, badan anda harus lah tegak.


Letak kedua-dua tapak tangan anda di belakang kepala. Pastikan siku anda selari bersama kepala anda. Cuba untuk gerakkan badan ke kiri dan kanan perlahan-lahan. Cuba untuk tidak terlalu gerakkan siku anda hingga ia terlebih kedepan daripada kepala anda.


Latihan ini mudah, anda hanya perlu lengkung kan badan anda kebelakang sehingga kepala anda mencecah bucu kerusi. Pastikan mata anda pandang ke hadapan dan atas, dan badan anda dalam bentuk lengkungan "C".




Latihan ini anda hanya perlu berdiri tegak dan bersandar pada dinding. Pastikan 5 titik seperti dalam gambar itu kena pada dinding.

Kemudian anda gerakkan satu badan anda kedepan, tetapi kaki anda tidak perlu berganjak atau bergerak.