01 May 2017
Apabila Matahari Terbit Sebelah Barat
Mari kita ambil masa sejenak rehatkan minda selama sebentar dan cuba pula kita bayangkan pada suatu hari, jam menunjukkan 6:00 am – kita bangun solat subuh, kemudian bersiap-siap untuk ke tempat kerja, sampai sahaja di pejabat pada jam 7:00 am, hari masih gelap.
Mungkin kita akan menganggap hari nak hujan, jadi kita abaikan.
Setelah masuk ke pejabat, buat kerja apa yang patut, dan kita lihat lagi jam sudah menunjukkan 9:00 am, sudah waktu untuk kita menjamu sarapan pagi.
Keluar pintu pejabat, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam. Mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. Jadi, abaikan.
Tapi jikalau jam menunjukkan 12:00 pm pun hari masih gelap. Apakah petanda itu?
Pada keesokan hari, perkara berlaku sama, buka saha televisyen semua orang sedang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya. Dan begitu juga dengan lusa, masih tiada lagi cahaya matahari.
Tetapi pada hari ke-empat kita bangun pagi, kita dapat melihat semula matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu sebagai fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!
Maka telah tertutuplah pintu taubat yang bertaubat, tapi yang masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat oleh Allah.
Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah membaca Al-Quran, 24 jam membaca Al-Quran, golongan yang tidak pernah solat berjemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah. Golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.
Tetapi sayangnya, segalanya sudah tidak berguna lagi. Mari sahabat-sahabat sekalian, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.
Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.
Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita
sehingga saat ini supaya kita sempat lagi BERTAUBAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment