Apa tidaknya, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Sebab itulah ada suami yang tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Suami akan lepak dulu di kedai mamak, alasan mereka release tension. Ada juga yang kata inilah masa ‘bertenang’ sebelum mengadap isteri.
Jadi jangan salahkan suami kalau dia tak betah duduk di rumah. Sebenarnya ada salah kita juga. Jangan suami tempat lepas geram, dia juga manusia biasa. Walaupun suami lelaki tapi jika hari-hari hadap situasi ini, dia pun tak tertanggung.
7 Tip Supaya Suami Rindukan Isteri & Cepat Pulang Ke Rumah
1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Sejuk hati suami apabila melihat isterinya memberi layanan yang baik.2. Pastikan kita rapi dan wangi. Jangan pula selekeh macam hantu Kak Limah, bau yang harum dan paras isteri yang rapi menjadi terapi buat suami. Biar dia sentiasa nampak kita hot.
4. Buatkan air kegemaran suami. Suami baru pulang biasanya penat dan haus, jadi tanya suami mahu minum apa. Ada suami yang suka air sejuk dan ada juga minuman panas.
5. Berbual perkara yang santai dengan suami. Biar dia tahu kita peka dan mengambil berat tentangnya. Misalnya tanya bagaimana hari yang dilalui suami hari itu.
6. Biar suami makan dan rehat dulu. Sementara suami bersihkan badan, anda hidangkan menu yang digemari suami. Masakan simple sudah memadai, suami pasti sangat gembira.
No comments:
Post a Comment