Rata-ratanya bermula dari rumah, dari tangan-tangan ibu ayah atau penjaga yang mendidiknya.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, makin terlihat banyak kesilapan cara mendidik anak yang dilakukan oleh kita hingga menjejaskan pertumbuhan mental dan emosi anak-anak.
Satu hal yang pasti, penyebab anak-anak degil bermasalah tapi dianggap remeh adalah soal komunikasi yang kurang berkesan. Kita gunakan bahasa yang salah sampaikan mereka terluka dan menjauhkan diri.
BAHASA ITU, sebenarnya yang menjadikan anak-anak degil tak mahu mendengar cakap, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri.
10 Bahasa Dosa
(1) Bahasa Melaknat
Contohnya sumpah seranah, maki hamun atau carutan menggunakan perkataan yang buruk. Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya menjadi orang yang keras jiwanya.
(2) Bahasa Menyindir (Sarcasm)
Contohnya, “Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?” Ataupun, “Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa begini sangat merobek emosi. Hakikatnya anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won’t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas serta mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.
‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.” Al-Hujurat 49:11Bahasa sarcasm juga boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.
(3) Bahasa Berdusta/Menipu
Contohnya, “Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim,” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam). “Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.” Ataupun, “Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik dijadikan panduan. Jangan berbohong pada anak, kerana ia akan menghilang kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’Jadi belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.” (HR Abu Daud)
(4) Bahasa Menempelak
Contohnya, “Padan muka,” Ataupun, “Tu lah, taknak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat tapi ia memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa yang suka dileteri.
Kalau nak berikan arahan atau menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat.
Hakikatnya anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan malah akan hilang keyakinan diri mereka.
Contohnya, “Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga.”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
(7) Bahasa Membandingkan
Contohnya, “Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak bermain saja.” Atau, “Kenapalah kami ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tak disayangi dan depresi.
Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.
(8) Bahasa Mengugut
Contohnya, “Kalau lepas main taknak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.” Begitu juga, “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar dan ini diterangkan pada anak-anak.
Yang penting kena konsisten, tegas (bukan garang), dan hukumannya juga perlu berpatutan. InsyaAllah anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin.
(9) Bahasa Menuduh
Contohnya, “Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir,” dan “Kenapa adik menangis? Abang/kakak buat ye?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
No comments:
Post a Comment