Pakar motivasi terkenal, Dr Shukri Abdullah yang banyak berkongsi ilmu motivasi kepada remaja-remaja sekolah, menjelaskan apakah tanda menjadi ibu bapa sebenar.
Menerusi persoalan yang diutarakan oleh seorang ibu ini anda akan tahu jawapannya. Ibu ini bimbang kerana tidak memberikan telefon bimbit pada anak perempuan seusia 14 dan 16 tahun. Dan jawapan Dr. Shukri akan buat ibu bapa berfikir kembali sama ada mahu benarkan anak anda pegang handphone atau sebaliknya.
Anak Tertekan Kerana Tiada Handphone!
(Ini catatan seorang ibu yang tidak memberi handphone pada dua orang anak daranya, tingkatan 2 dan 4)Rakan FB bernama A.H. mesej saya perkara berikut:
“Assalam Dr…saya memang tak bagi handphone pada anak. Yang sulung form 4, yang no 2 form 2. Macamana cara untuk saya nasihatkan diorang supaya tidak merasa rendah diri apabila berada dalam kelompok rakan-rakan yang ada hanphone ni ketika ada aktiviti di luar sekolah.
“Diaorang cakap kawan-kawan semua ada handphone. Parents diaorang tak kisah pun dan diaorang rasa malu kalau keluar dengan kawan tak ada handphone tapi sampai hr ni memang saya tak bagi pun smartphone pada dua anak dara saya ni.”
Jawapan Balas Dr. Shukri
Ada beberapa isu di sini, biar saya perincikan:(b) Anak merasa rendah diri kerana tiada handphone ketika bersama rakan-rakan lain ketika aktiviti luar sekolah.
(b) Anak malu nak bawa handphone Nokia (3310), justeru si emak terpaksa wassap kawan untuk tahu bila balik / jam berapa aktiviti habis. Itu buat anak tertekan.
(c) Anak menuduh ibu kongkong mereka walhal parents kawan-kawannya tak kisah pun (mereka ada handphone)
(d) Rumusan: Anak rasa malu keluar dengan kawan kerana tiada handphone.
Respon saya kepada Puan AH:
√ Langkah terbaik, paling power, paling afdal dan paling bijaksana ialah:Bantu Anak Cari ‘WHY?’ Dalam Hidup Dia
Membantu anak ada matlamat dan halatuju yang mantap, jelas dan mencabar dan membina keyakinan ke arah memperolehi cita impian berkenaan, InSyaAllah apabila anak bersungguh-sungguh berusaha dia yakin akan kejayaan berkenaan, banyak masalah yang kini wujud akan tenggelam dengan sendirinya. Dia kena ada “WHY ?” dia belajar.Tanpa halatuju dan matlamat yang jelas dan mencabar fikiran mereka akan meronda ke pelbagai kesukaan semasa, justeru pelajaran dikesampingkan. Pada ketika seperti inilah handphone canggih akan menjadi kawan karib dan handphone NOkia 3310 macam tiada nilai!
Apabila matlamat/halatuju itu jelas, maka dia akan sibuk berusaha mengejar cita impian berkenaan.
Contoh : Anak Tingkatan 2
Katakannya dia di sekolah harian, dia berhalatuju untuk masuk ke Tingkatan 4 di sekolah terbaik agar memudahkannya ke kolej-universiti tertentu selepas SPM. Katakanlah dia mahu MRSM atau Sekolah Sains atau SMKA apabila tamat PT3 nanti, Maka pelajaranlah tumpuan utamanya, yang lain kurang penting.Contoh : Anak Tingkatan 4
Katakan dia mahu ke kolej-universiti tertentu selepas SPM nanti, maka dia tidak ada pilihan kecuali berusaha bersungguh-sungguh ke destinasi berkenaan. Juga pelajaran jadi fokusnya. Yang lain sampingan sahaja.Bila Akhirnya Anak Telah Temui ‘Why’ Dalam Hidupnya
1. Dia akan terdorong memilih kawan yang juga bermatlamat atau berhalatuju yang seumpama (serupa tak semesti sama). Kawan-kawan serupa ini akan meletak pelajaran No. 1.2. Dia akan lebih peka dengan usaha memperolehi gred terbaik, usaha memahami tajuk-tajuk yang diajar, usaha untuk sentiasa mengulangkaji pelajaran.
3. Dia akan terasa MALU bukan kerana hanya memiliki handphone Nokia 3310 walhal kawan-kawan lain ada Samsung, Vivo atau iPhone. Sebaliknya dia akan terasa MALU dan RIMAS bila markahnya jatuh walhal markah kawan-kawan melonjak. MALU atas sebab yang jauh berbeza kini kerana miliki matlamat dan halatuju tertentu.
3. Pada masa yang sama secara tidak langsung dia terpaksa jauhi dengan kawan-kawan yang tiada matlamat dan tiada halatuju kerana apabila pelajar Tingkatan 2 / 4 ini (tiada matlamat / halatuju jelas dan mencabar) maka saya takut mereka banyak merapu. Tumpuan mereka ialah berbicara drama Melayu terkini, lagu Top terkini, pelakon handsome terkini, cerita romantis Korea terkini, apa yang terkini viral dalam media sosial dan sebagainya.
Maknanya, ubah KEUTAMAAN anak, maka FOKUSnya
Biarlah Anak Bandingkan Kita Dengan Ibubapa Lain
Anak menuduh kita KONGKONG itu perkara biasa. Kata Bette Davis lebih kurang begini “Kita BELUM jadi ibu bapa yang sebenarnya selagi anak kita BELUM PERNAH MARAH pada kita” Ya, saya setuju 100%.Tak nak bagi anak marah, ikut kehendak anak 100%. Apa dia nak bagi. Malah anak dara nak keluar tengok wayang dengan lelaki rakan sekelas pun bagi. Seronoklah anak. Tetapi itu bukan ibu bapa sebenar.
BIAR dia bandingkan dengan ibu bapa lain. Kita paksa anak kita solat 5 kali sehari. Bangun awal untuk Subuh. Balik rumah on time untuk sempat solat Maghrib. Jika dia berkata mak ayah lain tak kisah pun. Kalau itupun kita ikut anak, bukan ibu bapalah namanya.
Ayah “mak ayah lain” tak kisah pun adalah senjata biasa seorang anak gunakan bila berbicara dengan ibu bapa mereka.
Pernahkah anak berkata “Tetapi Mak mak ayah kawan-kawan semuanya garang, tak bagi muka, tak bagi keluar rumah ikut suka” PASTI TIADA. Dia akan banding apa yang senang baginya.
Fahamkan Sejelasnya 3 Point Ini
1. Bantu pupuk matlamat / halatuju kepada anak.2. Bantu dia cari kawan yang sealiran fikiran / nilai, yang juga bermatlamat / berhalatuju jelas dan mencabar
3. TETAPI spend banyak masa dengan mereka … keluar bersama, riadah bersama, jalan-jalan bersama, sembang-sembang supaya mereka faham walau apapun ibu ayah mereka memang sayang pada mereka.
Sumber/Foto : Facebook DrShukri Abdullah
No comments:
Post a Comment