14 July 2016

9 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya Perodua Bakal Lancar Sedan Pertama


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Selepas berjaya dengan kereta kompak sehingga mengungguli jualan kenderaan di pasaran tempatan sejak lebih 20 tahun lalu terutama menerusi model Kancil, MyVi dan Axia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kini tampil pula dengan model sedan. Model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan itu yang belum diketahui namanya, dikatakan bakal dilancarkan dalam masa terdekat, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan model kepada orang ramai.

Ini 9 point menarik yang perlu anda tahu mengenai Perodua sedan terbaru itu :

1 - Bakal Dikeluarkan Dengan Enjin 1.0 liter dan 1.3 liter
PERODUA sedan itu akan dikeluarkan dalam dua variasi enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Enjin 1.0 yang digunakan adalah enjin yang sama menghidupkan Axia manakala enjin 1.3 adalah enjin yang baharu.

2 - Model pertama keluaran PERODUA menggunakan kepakaran reka bentuk tempatan
PERODUA sebelum ini mengeluarkan kereta-keretanya berasaskan blueprint reka bentuk kereta lain. Tapi bagi sedan pertamanya, PERODUA mengambil keputusan untuk mereka bentuk sendiri keretanya menggunakan kemahiran tempatan.


3 - Enjin dihasilkan di kilang PERODUA/Daihatsu di N. Sembilan
Enjinya juga dihasilkan secara tempatan di kilang terbaru PERODUA/Daihatsu di Negeri Sembilan.


4 - Varian 1.3 Mengguna Enjin Baharu iaitu 1NR-VE dwi VVT-i
Enjin 1.3 yang bakal digunapakai dalam varian Premium X dan Advance adalah enjin baharu. Rasanya ramai yang akan membeli varian ini bagi merasai sendiri enjin baru ini selain lebih kuasa yang akan dihasilkan.


5 - Dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.8 km/l
PERODUA dan jimat minyak berpisah tiada!


6 - Varian 1.3 Advance dilengkapi dengan sistem Eco-Idle (Varian Advance)
Varian 1.3 Advance juga dilengkapi dengan sistem Eco-Idle dimana enjinnya akan mati sendiri apabila dalam keadaan Idle (seperti menunggu lampu isyarat). Dan sistem ini juga akan menghidupkan enjin secara automatik apabila pemandu menekan pedal minyak


7 - 5 bintang ASEAN NCAP
Yup, model sedan ini merupakan model PERODUA pertama yang menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP. Tak dinafikan, ianya satu langkah kehadapan oleh PERODUA.


8 - Dilengkapi dengan VSC (Varian Advance)
PERODUA sedan Advance pula juga dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Tambah lagi 1 bintang bagi variasi Advance.

9 - Harga dianggarkan antara RM30,000 hingga RM55,000
Melihatkan kepada harga yang ditawarkan, tidaklah jauh mana jika dibandingkan dengan Nissan Almera dan mampu milik. Jika dilihat dalam konteks harga, nyata sekali PERODUA sedan ini dicipta bagi menyaingi model PROTON saga.

No comments:

Post a Comment