Gaza, 12 Jun : Seorang lelaki Palestin di Gaza mempunyai jawapan kepada krisis air di Gaza, iaitu dengan menggunakan tenaga solar bagi menghasilkan air minuman bersih untuk diminum.
Lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Fayez menggunakan tenaga solar untuk membekalkan air bersih untuk kegunaan keluarganya.
"Matahari sentiasa ada di negara kami. Alhamdulillah.
"Berdasarkan itu, saya kemudian mencipta satu sistem penulenan air melalui penyulingan untuk menghasilkan air minuman.", kata Hayez.
Difahamkan, 90% air di Gaza tidak boleh diminum berikutan pencemaran yang teruk dan juga kadar garam yang tinggi.
Menggunakan sistem itu, Hayez berjaya menghasilkan 2.6 gallon (9.8 liter) air minum yang cukup untuk rumah dan keluarganya.
Cara yang digunakan oleh Hayez mudah sahaja iaitu dengan memanaskan air yang kotor menggunakan matahari sehingga menjadi wap. Wap itu kemudian tersejat, ditadah ke dalam basin dan sedia untuk diminum.
"Biarpun ia air laut; yang masin; ia (sistem penulenan) akan menghasilkan air suling.", kata Hayez.
Pakar, Mohammed Abu Shamaleh, telah pun menganalisis air yang telah dihasilkan oleh sistem Fayez dan hasilnya sangat memuaskan.
"Penyulingan adalah cara yang lama
"Apa yang baharu adalah dia menggunakan kuasa solar untuk membuatnya.", katanya.
Fayez kini bercadang untuk membina sistem bagi orang lain untuk membantu mereka di Gaza.
Sistem pengairan Gaza telah rosak berikutan diserang oleh Israel menyebabkan krisis air di kawasan tersebut. -

No comments:
Post a Comment