25 May 2016

Tangkap Gambar Dan Masalah Matematik Anda Akan Diselesaikan Aplikasi iPhone Ini

“Untung budak sekarang, nak semak jawapan cuma perlu tangkap gambar dan imbas di dalam aplikasi Mathpix saja”. Saya yakin perbualan seperti ini akan timbul memandangkan Mathpix baru sahaja melancarkan aplikasinya dimana pengguna hanya perlu tangkap gambar dan imbas untuk dapatkan jawapan kepada masalah matematik mereka.




Masalah matematik kompleks seperti penyelesaian algebra, trigonometri, aritmetik, dan beberapa yang lain turut disokong oleh aplikasi ini. Bukan itu sahaja, Mathpix juga akan membantu anda menyelesaikan soalan yang ditulis dengan tulisan tangan dengan cekap dan pantas. Best bukan?
Setakat ini, aplikasi Mathpix cuma disediakan buat pengguna iOS atau yang menggunakan iPhone sahaja dan anda boleh muat-turun aplikasi ini disini. Suatu kerugian buat pengguna Android yang ingin menyemak jawapan matematik mereka. Jangan risau, terdapat aplikasi yang seakan-akan sama dengan Mathpix buat pengguna Android iaitu Photomath.
Harap dengan adanya aplikasi ini para pelajar tidak menggunakan aplikasi ini dijalan yang salah.



No comments:

Post a Comment