18 May 2016
Cara Tukar Domain Blogspot Guna GoDaddy 2016
Jika anda pengguna blogspot, anda mungkin ada masalah untuk tukar nama domain dari website.blogspot.com kepada website.com.
Apa yang menarik ada pada blogspot ini adalah anda tak perlu hosting untuk buat blog, anda juga boleh edit dan tukar nama domain mengikut kesukaan anda.
Jika anda hanya buat blog untuk menulis dan berkongsi maklumat, blogspot adalah platform yang sesuai untuk anda, tetapi jika dan ingin buat blog bisnes dengan pelbagai fungsi, self-hosted wordpress adalah pilihan terbaik.
Bagi anda yang nak tukar domain blogspot anda ke custom domain, di sini saya berikan langkah-langkahnya;
Saya gunakan servis GoDaddy kerana mudah untuk dapatkan domain pada harga yang murah. Anda boleh dapatkan kod diskaun dengan buat carian di Google sahaja.
1) Log in ke blogger.com
2) Pergi ke bahagian 'Setting'
3) Di bawah Publishing, klik pada '+Set up a third-party URL for your blog'
4) Pada bahagian 'Third Party Domain Setting', tulis nama domain anda di sebelah 'http://', jangan lupa letak 'www' pada domain anda.
5) Dapatkan lebih info dengan klik pada 'View setting instructon'. Pada bahagian arahan, pilih 'On a top-level domain (www.example.com)'
6) Selepas anda klik butang 'Save', anda akan dapat error seperti ini.
7) Di bawah error, anda check pada 'Name, Label or Host Field' dan 'Destination, Target, or Points to Field'. Save kod yang ada pada kedua-dua 'Field' ini.
8) Sekarang, log in akaun GoDaddy anda, klik pada 'My Account', pilih 'Manage My Domain'
9) Klik nama domain anda
10) Klik 'DNS Zone File', pilih 'Use Classic DNS Manager'
11) Klik butang 'Edit'
12) Pada bahagian 'CNAME(Alias)', klik butang 'Quick Add'
13) Selepas itu, masukkan kod yang anda dapat dari langkah 7 tadi, ke dalam kotak yang keluar ini
14) Proses ini ambil masa lebih kurang 24 jam atau kurang, anda boleh pergi ke blogger semula untuk ulang langkah 4-6
15) Selepas anda berjaya tukar nama domain anda, jangan lupa tick 'Redirect'
16) Selesai!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment