Tips Buat Duit Di Instagram | Siapa yang tak ada lagi instagram? Jika korang belum ada lagi instagram pergi daftar cepat-cepat kerana banyak faedah dan manfaat yang korang boleh dapat daripada akaun instagram ni. Salah satunya faedah adalah korang boleh lariskan jualan dengan akaun instagram ni.
Tips Buat Duit Di Instagram
Berikut tips-tips asas yang dapat aku kongsikan jika ingin buat jualan atau buat bisnes guna instagram.
1. Jangan Campurkan Akaun Peribadi dan Akaun Bisnes
Perkara asas yang korang mesti tahu dalam bisnes melalui instagram ni adalah korang jangan campur akaun peribadi dan akaun bisnes. Contoh di facebook lain. Ramai yang masih boleh buat jualan dengan menggunakan akaun peribadi di facebook. Tetapi di instagram tidak boleh buat macam facebook.
2. Jangan Campurkan Niche Jualan
Jika korang benar-benar ingin menampakkan hasil dan impak yang besar dengan bisnes melalui instagram ni, korang jangan campurkan niche jualan. Maksud di sini adalah, jika korang jual teddy bear, korang mesti jual teddy bear saja melalui akaun tersebut. Jangan pula duk campur dengan jualan baju atau sebagainya.
Bagi prospek anda fokus dengan apa yang anda jual.
3. Update Akaun Dengan Kerap
Ni sama juga dengan bisnes melalui fanpage. Jika anda kurang atau jarang update fanpage jualan anda, lama kelamaan page anda mencapai reach yang rendah dan boleh hilang potensi untuk buat jualan. Jika anda selalu update, maka reach akan menjadi lebih maintain dan tinggi.
Selain daripada itu juga, kebarangkalian prospek yang melihat update status akaun instagram anda berkali-kali akan membuatkan prospek pun lebih kerap melihat iklan anda. Jadi peluang untuk anda mendapat sales itu lebih tinggi.
4. Kenali Target Anda dan Follower
Bab ini yang sedang saya belajar sekarang dengan e book instagram kabomm!. Follower yang berkualiti anda mesti perlukan dalam akaun Instagram anda. Berkualiti maksudnya di sini adalah prospek korang mestilah berumur 18 tahun dan keatas dan mereka semua ini mempunyai akaun bank sendiri.
Selain daripada itu juga, korang hendaklah memastikan bahawa barang atau jualan produk tersebut sesuai untuk lingkungan umur berapa. Barulah korang dapat sales lebih sikit.
5. Strategi Posting atau Ayat Jualan
Yang ni pun aku sedang belajar dari ebook instagram kaboomm. Korang jangan sangka create akaun instagram dan terus letak gambar boleh dapat jualan. Tak…
Korang juga mesti tahu akan strategi posting atau ayat jualan yang bakal korang tulis nanti. Nak tulis pula mestilah pandai mengayat atau mengarang. Bukan sekadar tulis penerangan produk tu, tapi juga kata-kata yang boleh menambat hati prospek anda.
Sebagai contoh korang jual teddy bear. Bukan korang sekadar tulis harga, saiz saja. Tulis ayat penambah perisa sikit seperti untuk siapa? Untuk event apa sesuai jika beli teddy bear ni, kenapa perlu beli dengan anda dan sebagainya. InsyaAllah dengan ayat-ayat penambah perasa ini boleh lariskan lagi jualan korang.
Kalau dulu orang sibuk nak beriklan di Facebook. Memang berhasil, tapi saingan semakin sengit dan kita semua tahu kos pengiklanan di Facebook dah tidak semurah dulu. Sebab tu ramai yang buat bisnes di Instagram. Jual tudung, t-shirt, butik vendor, jam tangan, handbag, dan sebaginya
Ada yang laris, jualan mencanak. Tapi ada pulak yang dah cuba bermacam-macam cara, tapi produk tak laku.
Nak lariskan jualan di Instagram ni ada caranya. Kalau di blog, anda kena mantapkan teknik SEO dengan baca Kitab instagram kaboom yang dah terkenal serata alam tu. Boleh beli di sini kalau nak >>kitab instagram kaboom
Anda boleh belajar banyak benda dari Kitab instagram kaboom ni. Sebab diorang ajar dari A-Z contohnya:
1. Teknik terbukti dapatkan pelanggan
2. Atasi pesaing yang jual produk yang sama
3. Promosi produk secara santai
4. Tingkatkan followers
Saya pasti peniaga yang mula-mula buat bisnes di Instagram akan mengalami masalah sama. Iaitu gambar tak ada orang Like, followers sedikit, tak tahu nak letak caption dan hashtag apa. Apatah lagi teknik pemasaran Instagram yang betul.
Cara nak tingkatkan followers pun ada. Bila ramai followers, ini lah peluang anda untuk buat "Review IG". Di mana anda akan dibayar untuk promote produk.
Testimoni
testimoni daripada mereka yang telah pun menerima hasil dari ilmu ini… |
Yang masih terkapai-kapai lagi tak tahu dari mana nak mula, jadikan JomInsta sebagai rujukan. Ni kira maca, pelaburan masa panjang. Beli sekali, tapi dapat hasil yang berlipat ganda
No comments:
Post a Comment